Ramai lepasan Pra-sekolah, tadika kerajaan tidak boleh membaca

KUALA TERENGGANU - Pengarah PASTI negeri Terengganu yang baru, Ustaz Sulaiman Sulong berkata guru-guru PASTI adalah teras dan tenaga utama dalam meneruskan legasi pendidikan Islam khususnya pra-sekolah di negeri Terengganu.

Menurutnya, sesuai dengan tema sambutan Hari Guru PASTI Terengganu, 'Guru Menjana Kemenangan Ummah', guru-guru PASTI akan digerakkan seiring dengan Badan Perhubungan PAS Terengganu dalam program 'PAS Ganti Umno'.

"Sesuai dengan tema 'Guru Menjana Kemenangan Ummah', guru-guru akan bersama Dewan Muslimat dan Badan Perhubungan PAS menggerakkan program PAS Ganti Umno,

"untuk mengubah minda dan peranan masyarakat suapaya mereka bersama-sama dengan PAS,"ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Prasmian Sambutan Hari Guru PASTI negeri Terengganu di Kuala Ibai, dekat sini, Sabtu, 20 Mei.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, guru-guru diperingkat PASTI Qaryah mesti memberikan tumpuan mencapai matlamat 5M; Membaca, Mengira, Menulis, Mengamal dan Menghafaz, disamping penekanan dalam subjek al-Quran.

Menurutnya, PASTI negeri akan mengadakan satu kajian menyeluruh bagi memastikan matmalat 5M dan penguasaan al-Quran dapat dicapai oleh lepasan pelajar PASTI.

"InsyaAllah, PASTI negeri akan menjelajah untuk menjalankan kajian menyeluruh di semua PASTI peringkat Qaryah supaya sasaran kita untuk menguasai 5M dan pelajar-pelajar boleh membaca al-Quran,

"dapat dicapai bila mana (mereka) lepas (tamat) dari pada pendidikan PASTI,"jelasnya.

Katanya, ia adalah penting bagi menarik semua golongan masyarakat supaya dapat bersama PASTI.

Oleh itu, beliau menyeru semua guru-guru PASTI Terengganu supaya bangkit menjadi contoh dan alternatif kepada masyarakat diwaktu kerjaya guru semakin dipandang kritikal masakini.

Beliau mengucapkan syukur kerana produk PASTI tidak termasuk dalam angka 23, 300 orang pelajar tegar tahun 1 yang tidak tahu membaca, berdasarkan maklumat terbaru dari Kementerian.

"AlhamduliLlah, berdasarkan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran seramai 23, 300 (orang) pelajar yang masuk ke kelas tegar, (pelajar) kita, PASTI terselamat,

"yang menjadi penyumbang utama kepada kelas (tersebut) yang tidak pandai membaca walaupun sukukata-sukukata terbuka, adalah lahir dari pra-sekolah kerajaan,"ujarnya.

Menurutnya, ramai lepasan pelajar yang bermasalah tersebut adalah produk Tadika yang berasaskan modul bermain, menyanyi, maka, minum dan pulang ke rumah.

Ulasan