Perjuangan tuntut pilihanraya yang bersih dan adil akan diteruskan

KUALA TERENGGANU - Perjuangan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil tetap diteruskan sehinggalah Suruhanjaya Pilihnraya Malaysia (SPR) melakukan perubahan dalam lapan perkara yang menjadi tuntutan BERSIH.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut mesej tuntutan lapan perkara telah  disampaikan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung oleh BERSIH yang menjadi wakil kepada rakyat Malaysia.

"BERSIH sendiri telah mengadp Agung, kita hormatlah, kita dengar pandangan (Agung), pasal sebenarnya kita bukan nak lawan sesiapa, cuma kita nak sampaikan mesej, pilihanraya sekarang ini tidak berlaku dengan adil,"ujarnya ketika ditemui selepas melawat Pasar Pagi, Kampung Tiong, dekat sini, Rabu 6 Julai.



[Gambar; Haji Wahid bertemu dengan bekas 'teacher'nya, semasa mengadakan lawatan ke Pasar Pagi, Kg. Tiong}
Katanya, kerajaan Umno dan Barisan Nsional serta SPR sendiri mengakui pilihanraya yang sedang berjalan tidak adil dan bersih.

Menurutnya, soal untuk berhimpun dan untuk memperincikan hujah dan fakta tidak menjadi masalah sekiranya diadakan di stadium.

Tetapi katanya, ia bukan yang pertama dan terakhir, perhimpunan untuk membuat tunttutan akan terus dibuat sekiranya SPR tidak mahu berubah.

Menurutnya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut menyokong untuk perubahan dilakukan dalm sistem pilihanraya dan SPR.

"mesej itu jelas, semua orang (seluruh rakyat) sudah tahu sekarang, Khairy Jamaludin pun kata dia pun akan sokong, kalau tidak ada berarak,

"dia pun nak bersama dengan kita, kerana benda tu jelas, fakta itu jelas,"tegasnya

Katanya, Umno-BN takut kalah dalam pilihnaraya justeru menggunakan SPR sebagai 'talian hayat'



Ulasan