04 Disember 2011

"Projek Mengigau'; Itik dan Angsa Pulau Burung hanya berbaki 50 ekor.

KUALA TERENGGANU - Projek-projek yang dilaksanakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu disifatkan sebagai 'projek-projek mengigau' kerana ia dibuat tanpa kajian dan tinjauan pasaran.

Ia juga tidak memberi faedah yang banyak kepada rakyat Terengganu baik dari segi ekonomi atau pembangunan sosial.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Dr Alias Razak, antara projek yang terpaksa ditanggung rakyat akibat pembaziran Umno itu adalah pembelian 'Strawberry Park' di Kijal dan pembangunan Pulau Burung di tasik Kenyir.


"seperti mana yang saya pernah saya sebut, projek kerajaan Umno dn Barisan Nasional adalah 'projek orang mengigau', dia mari buat satu projek tanpa kajian, dari segi 'market' dia, dari segi kos efektif dia, adakah benda yang dibuat memberi faedah kepada rakyat atau kerajaan dari segi ekonomi ataupun dari segi pembangunan sosial,"ujarnya

Akhirnya, kata beliau, projek-projek itu terpaksa dihentikan 'separuh jalan'.

Katanya, pembelian sebuah resort 'Strawberry Park' bernilai RM27 juta yang kononya bakal dibagunkan sebagai pusat rawatan jantung terbesar di Pantai Timur, dibatalkan kerana tidak ada pakar.

Selain tu, kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal, itik dan angsa sebanyak 101 ekor bernilai RM223, 750.00 untuk ditempatkn di Pulau Burung hanya tinggal 50 ekor sahaja lagi.

"Strawberry park.kononya dia nak buat pusat jantung yang terbesr di pantai timur, akhirnya tak jadi, bangunanyang dibuat, dibiar begitu juga (kerana) projek itu juga tak ada kajian yang teliti,

"angsa itu, itik yang diimport dari negara sejuk itu dibirkan di sini (ditasik Kenyir), di kurung di sini untuk menjadi menarik pelancongan sekarang ni daripada 100 lebih, tinggal tak sampai 50 ekor lagi.semakin mati, ini tambahnya tidak ada, ini semua melibatkan duit yang banyak,"tegasnya.

Menurutnya, beliau dimaklumkan kebanyakan itik dan angasa tersebut mati dibaham oleh biawak, musang dan burung helang.

[Gambar - tinggal hanya beberapa ekor tik dan angsa. Tanda anak panah menunjukkan 'orang-orangan' yang di pasang bagi menakukan musuh yang 'membaham' itik dan angsa mahal yang dibeli kerajaan negeri]


Beliau yang membuat 'Eksplorasi Terjah' lawatan ke projek-projek kerajaaan Umno di tasik Kenyir baru-baru ini berkata, daya tarikan asal tasik itu telah hilang.

Katanya, ia ada kaitan dengan pencemaran yang berlaku kerana projek-projek 'Island Hoping' dan pembangunan pulau-pulau di tasik tersebut yang sedang dilaksanakan.

"kemungkinan (projek-projek) ini boleh menyebabkan kesan alam sekitar pulak, bila tebang, (bila) dia kebas bukit-bukau yang asal ni, akan berlaku tanah runtuh, tasik kenyir akan tercemar.dengan tanah-tanah yang masuk ke tasik, ini kemungkinan (belaku) kepupusan pula, disebabkan (tu) daya tarikan yang asal (telah hilang), ikan semakin pupus hari ni,"jelasnya.

Sewaktu melawat kawasan tasik itu, katanya, beliau telah berjumpa beberapa orang pemancing yang mengeluh kerana setelah seharian menjulurkan joran, seekor ikan pun tak dapat.

Menurutnya, kenyataan pemancing itu mengesahkan bahawa tarikan ikan tasik kenyir yang menggamit pelancong, yang sepatutnya dipelihara, kini sudah tiada.

"Sepatutnya kerajaan memelihara tarikan semulajadi, yang menjadi asas dan sebab yang menarik pengunjung ke tasik Kenyir, (sebaliknya) kita bina satu benda yang (di) import dari luar, dengan harapan orang kan mari,

"ini saya rasa, satu kerja yang sangat sia-sia lah. bajet yang diberi berjuta-juta akan hilang begitu,"katanya.

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...