DUNGUN – Pesuruhjaya PAS Terenggan Haji Mohd Abdul Wahid Endut memberi amaran, jangan sewenang-wenangnya melawan undang-undang Islam kerna ia telah dilaksanakan di negeri Terengganu sejak 100 tahun yang lalu.
Beliau turut berikrar akan mengembalikan hukum Hudud dan Qisas sebagaimana yang pernah diperjuangankan dan dikuatkuasakan oleh almarhum Sultan Zainal Abidin III.
“Jadi jangan (ada) orang sewenang-wenangnya nak mencanggah nak melawan undang-undang Islam, jangan sewenang-wenangnya nak menolak hudud hukum Allah, kerana kita 100 tahun dahulu telah pun dilaksanakan undang-undang itu di negeri Terengganu,
“dan kita akan teruskan perjuangan ini Insyaallah, untuk mengembalikan undang-undang islam kepada tempatnya, (yang mana) waktu 100 tahun dahulu Sultan Zainal Abidin telah menegakkan Islam dan menolak (undang-undang) penjajah Inggeris,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, yang diadakan di Alor Tempoyak dekat sini pada Jumaat 20 Januari.
Beliau memberikan peringatan supaya para pemuda istiqamah dan sentiasa berakhlak dalam memperjuangkan agama Allah kerana katanya, pemuda merupakan saf hadapan yang akan menerima ujian dan ancaman
Katanya, pengalaman perjuangan PAS di Terengganu, pemuda akan berhadapan dengan polis, ditembak dengan peluru hidup, di tembak dengan gas pemedih mata.
“Pemuda lah yang dulu yang berhadap dengan polis, yang kena tembak dengan gas, pemuda dulu yang kena tembak dengan peluru hidup,
“dalam sejarah perjuangan Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, pemudalah yang dulu (memulakan) pemberontakan petani di padang Kachung, yang meninggal dibunuh oleh pemerintah (penajajah),
“pemuda menjadi saf hadapan dalam kita nak memperjuangkan, nak menegakkan kalimah Allah,”jelasnya.
Sambutan Jubli Emas diadakan selama tiga hari pada 19, 20 dan 21 Januari, sempena peringatan penubuhan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu pada tahun 1961.
Sepanjang tempoh tersebut DPPNT telah diterajui oleh 13 orang ketua, termasuk Haji Moha Abdul Wahid sendiri dari tahun 1993 hingga 1997.
Ulasan