KUALA NERUS – Program tajaan Umno dan Barisan Nasional (BN), Aman Kampus telah ‘tersalah masuk’ mengadakan program jelajahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring Kuala Terengganu dekat sini, pada Ahad 12 Februari.
Program yang kononnya akan memperksakan golongan muda sebagaimana disifatkan Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI), Mohd Shahar Abdullah, tersasar jauh apabilamenyalahgunakan premis sekolah dan budak-bdak sekolah.
Ia jelas menjadi ‘tunggangan’ Ahli Parlimen Umno Kuala Nerus, Dato’ Nasir Ibrahim Fikri, apabila beliau menjadi merasmikannya pada jam 11 pagi di Dewan SMKA Tok Jiring.
Turut hadir adalah ADUN Tepoh, ‘Ustaz’ Ramli Nuh yang seolah-olah menghalalkan peserta konvoi Aman Kampus mendendangkan lagu Faizal Tahir dan mengajar para pelajar sekolah agama tersebut menari dan berjoget.
Mengulas perkara tersebut, Ketua Penerangan Pemuda DUN Tepoh, Ahmad Faizol Mohd Yusof secara sinis berkata, kedua-dua tokoh Umno Kuala Nerus itu memang suka dengan program menyanyi dan berjoget.
Beliau berkata, Dato’ Nasir pernah merasmikan pesta pantai peringkat DUN Tepoh tidak lama dulu yang disusuli persembahan seorang penyanyi dan penari gelek.
“Kita rasa kesal dengan pemimpin Umno yang mengajar murid-murid sekolah secara ‘songsang’, kalau dia memang suka nyanyian dan tarian ikut pandai dialah,
“tapi yang dia ‘redha’ dan rasmikan program di sekolah agama, apa halnya?,”ujarnya ketika dihubungi.
Sehubungan itu, seorang guru menyifatkan tindakan pimpinan Umno membawa NGO tersebut ke sekolah agama sebagai cuba merosakkan akhlak para pelajar.
Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, SMKA Tok Jiring adalah sebuah sekolah yang berjaya mendidik anak-anak menurut acuan agama, tetapi dipesongkan oleh pemimpin yang hanya mementingkan keduniaan.
Berita terkait;
Timbalan Exco Agama Sambut Sambut Dengan Maksiat
Ulasan