Ahli PAS Lebih Sejuta, Terengganu Tertinggi Sehingga Ogos


ALOR SETAR - Rekod terkini keahlian PAS bagi tahun 2022 sehingga Ogos ialah seramai 1,005,710 dan pada bulan Januari sehingga Ogos, Terengganu merekodkan jumlah tertinggi seramai 3,309 orang

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata,  Kedah kedua paling ramai 3247, diikuti Kelantan 2585, Selangor 1741 orang, Perak 1289 orang dan Pahang keenam 1080  orang, bagi keahlian yang melebihi 1000 orang.

Beliau menambah, pada Julai, keahlian bertambah sebanyak 7322 orang dan pada Ogos pula, sebanyak 3360 orang keahlian baru dicatatkan, memberikan jumlah keseluruhan bagi dua bulan itu ialah seramai 10,682 ahli.

“Bermakna kempen PAS Pilihanku 4.0 selama dua bulan ini, Julai dan Ogos, ialah 10,682 ribu orang ahli baru. 

“Kita akan cuba membandingkan jumlah ahli PAS satu juta, dengan jumlah rakyat Malaysia 21 juta dan kita amat serius dalam usaha kita untuk memaksimakan keahlian PAS dari semasa ke semasa,” maklum beliau kepada perwakilan, pada sesi Penggulungan Muktamar Ke-68 PAS hari ini. 

Maklumat lain yang beliau kongsikan ialah PAS kurang 25 kawasan bagi mencukupi keseluruhan kawasan Parlimen iaitu sebanyak 222 kawasan dengan Sabah mempunyai 20 kawasan sahaja daripada jumlah keseluruhan 25 kawasan, dan di Sarawak, PAS kekurangan 20 kawasan daripada 31.

"Walaupun PAS mungkin tidak akan menang di beberapa buah kawasan seperti di Kuching, tetapi Takiyuddin mahu kawasan PAS diwujudkan di sana sebagai syiar memberitahu kewujudan PAS di sana." jelasnya 

Takiyuddin juga mengingatkan semua ahli agar melakukan kerja-kerja jemaah dengan baik dan tersusun supaya kita tidak dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun dengan memetik ayat dan surah as-Saf berkenaan itu.

Ulasan