Rakyat Chukai Kecewa ADUN BN Dapat Tanah

  • PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/Risalah%20Baham%20Tanah.jpgKEMAMAN - Rakyat Terengganu terutama warga cukai dari kalangan kakitangan kerajaan, pekerja swasta,pekerja sendiri, nelayan dan petani terkejut kerana wakil rakyat yang dipilih oleh mereka mendapat tanah.

Sedangkan menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat, dalam masa yang sama rakyat diabaikan.


“Wakil Rakyat dapat tanah, rakyat ‘baham tanah’, nak tanah susah, Ini sekaligus menunjukkan slogan 1 Malaysia hanya retorik,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan Adun Wakaf  Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut berkata terdapat lagi tambahan lebih dari 12 orang wakil rakyat Umno-BN yang dianugerahkan tanah.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/pelan%20tanah%20awang%20tera.jpgWahid mendedahkan salah seorang daripada mereka ialah merupakan ahli Exco Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Muhamad Awang Tera yang juga Adun Chukai, Kemaman.

Menurut Wahid, Dato’ Muhamad Awang Tera (Exco) mendapat tanah seluas dua hektar bersamaan lima ekar, di kawasan lot pertanian di kawasan Mak Lagam, Mukim Banggol Chukai, Kemaman dan tidak jauh dari kawasan padang golf yang akan dibina.

Wahid berkata demikian dalam sidang medianya selepas tamat waktu Persidangan Dun Terengganu bagi Mesyuarat Penggal Kelima di Wisma Darul Iman, dekat sini, 13 Ogos lalu.

sehubungan itu, Haji Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, slogan yang dilaungkan Umno-BN "Rakyat DiDahulukan Pecapaian Di Utamakan' hanyalah slogan kosong yang tidak membawa sebarang erti.

"Pemberian tanah kerajaan kepada Adun negeri Terengganu membuktikan slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' yang dilaungkan oleh Umno-BN hanyalah slogan kosong semata-mata,

"sebenarnya, pemimpin Umno-BN telah mengkhianati amanah rakyat dengan mempergunakan kelebuhan mereka sebagai Adun untuk 'membaham' tanah yang lebih luas,"tegasnya.

Justeru beliau menyeru seluruh rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya menolak Umno-BN dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Ulasan