Sidang DUN; ‘Kerajaan Menggelabah’ Tolak Soalan Termasuk Dari Penyokongnya

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu ‘menggelabah’ sehingga menolak 22 daripada 33 soalan yang di ajukan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Mesyuarat Yang Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) ke dua belas pada 13 Ogos 2012.


Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan ia merupakan tindakan  mahu ‘susup punca’ sehingga soalan yang dikemukakan oleh wakil-wakil BN sendiri turut ditolak.

“Semua soalan saya dan soalan ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak ditolak pada sidang DUN kerana Umno-BN Menggelabah dan mahu susup punca,

“sehinggakan kesemuanya soalan wakil BN ADUN Kuala Berang juga turut ditolak,”ujarnya.

Beliau berkata, soalannya tentang pelaburan RM2 juta untuk kajian tanaman Ubi Gadong dan soalan Presien PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abul Hadi Awang tentang royalti petroleum turut ditolak.

Katanya, Umno-BN juga tidak mengadakan siaran tertutup di Dewan Teater serta memberhentikan sama sekali siaran melalui internet bagi menyekat rakyat dari mengetahui apa yang dibicangkan dalam sidang DUN.


Arak Dijual secara Terang-terangan di Kuala Berang


Keengganan kerajaan Umno-BN Terengganu menjawab soalan yang diajukan wakilnya sendiri dari Kuala Berang pada siding DUN menimbulkan tanda Tanya.

Menurut dokumen Jawapan Kepada Soalan Bertulis Sidang DUN 13 Ogos lalu, YB Zawawi Ismail bertanya apakah langkah-langkah kerajaan mengatasi masalah penjualan arak secara terang-terangan yang berlaku di Bandar Kuala Berang.

Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Tindakan DUN Kuala Berang Haji Muhyidin Abdul Rashid berkata, kerajaan sepatutnya menjawab soalan yang membabitkan kegiatan haram meminum arak tersebut sangat membimbangkan.

“kegiatan penjualan dan meminum arak secara berleluasa di Kuala Berang telah diketahui ramai, kerajaan sepatutnya menjawab soalan itu,

“ramai anak-anak muda yang rosak akibat akibat kecuaian kerajaan mengawal kegiatan tidak bermoral itu,”ujarnya.

Ulasan