Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor bukan sahaja yakin, PAS dapat mempertahankan 8 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum ke-12 tahun 2008 bahkan menokok sekurang-kurangnya 8 kerusi lagi pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.
Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Selangor, Haji Jamiluddin Elias berkata, walaupun terdapat manupulasi pendaftaran pemilih di setiap DUN sasaran oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) namun sokongan dari pengundi 'atas pagar' meningkat sehingga 40 peratus.
"Kita (PAS) tahun dan telah menyemak dan membuat kajian, paling banyak mengalami pertambahan pengundi yang luar biasa adalah DUN Sri Serdang iaitu 21,000 pengundi, DUN-DUN lain antara 7,000 hingga 8,000 orang (bertambah) kita telah bawa perkara ini kepada SPR namun aduan kita tidak diendahkan,"ujarnya ketika ditemui.
Menurutnya, PAS Selangor sedang mengambil perbagai usaha untuk mengurangkan jumlah tersebut, termasuk mengadakan bantahan senarai pengundi yang dipamerkan.
Apa yang menarik, Kata Haji Jamiluddin adalah, kajian tersebut menunjukkan para pengundi India dan Cina sudah membuat keputusan untuk memberikan undi kepada parti-parti Pakatan Rakyat.
"pengundi Cina tidak akan 'berpatah balik' dan akan terus menyokong Pakatan Rakyat, walau apa jua kempen dan pujukkan serta ugutan yang dibuat oleh Umno dan Barisan Naional,"jelasnya.
Manakala bagi pengundi India, beliau berkata, keadaan dibawah sangat berbeza dengan apa yang didakwa oleh Umno dan BN.
Katanya, kajian-kajian yang dilakukan oleh beberpa pihak sebelum ini yang medakwa 'kononnya' pengundi India 'kembali ke pangkuan BN' adalah tidak benar.

Ulasan