Banyak Projek Kerajaan Langgar ‘Hukum Tuhan’ Dan ‘Hukum Alam’

dr azmanSETIU – Ketua Penerangan PAS Setiu Dr Azman Ibrahim telah dilantik buat penggal kedua sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Badan Perhubungan PAS Terengganu.
Beliau ketika dihubungi berkata menerima amanah tersebut dan akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab dengan segala upayanya.
“(saya) terima amanah untuk terus menganggotai Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu bagi kali kedua untuk sesi 2013/2015,”
“Saya menganggap pengalaman pertama berada dalam saf kepimpinan PAS negeri pada sesi lepas adalah proses pembelajaran dan menyesuaikan diri. Sesi kedua adalah untuk perform dengan segala daya dan upaya,”ujar beliau.
Menurutnya, kesanggupan menerima amanah tersebut bermakna belisu bersedia untuk diposisikan di mana sahaja yang difikirkan sesuai oleh pimpinan negeri.
Katanya, fokus utama beliau adalah bagaimana untuk bersama mencorakkan perjuangan PAS agar mampu berperanan bagi membawa rahmat untuk rakyat Terengganu.
Pada sesi lalu beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Negeri Terengganu disampingnmenjadi anggota Lujnah Pendidikan PAS Pusat.
Mengulas tentang isu yang membabitkan alam sekitar beliau berkata, kerajaan banyak melakukan pembangunan tidak mengikut hukum alam dan memusnahkan eko-sistem serta melanggar syarat apabila melaksanakan projek tanpa membuat kajian.
“bercakap soal mengekalkan eko-sistem, contohnya tanah bencah Setiu atau Setiu Wetlands, kerajaan sendiri yang mengorbankan ribuan ekar tanah di situ dan tidak diganti semula,
“banyak projek yang dilaksanakan tanpa kajian danntanpa kelulusan Jabatan Alam Sekitar sendiri, pembinaan landasan terbang di Tok Jembal yang mengunjur ke laut dan yang terbaru tambakan sungai Terengganu untuk projek ‘double frontage’,”jelasnya.
Katanya, Islam juga menyuru manusia ‘ihsan’ dengan alam sekitar, bersungguh-sungguh dan berlemah lembut dengan alam sekeliling serta dalam al-Quran dinyatakan dengan jelas, berlaku kerosakan di daratan dan lautan kerana tangan-tangan manusia, iaitu pembangunan yang tidak mengambil kira alam sekitar.

Ulasan