Apa maknanya BR1M, Kalau Rumah ‘Tenggelam Banjir’

tmp_IMG-20140104-WA00131195350377KUALA NERUS – Apakah maknanya suatu pembangunan yang dikatakan hebat, tetapi kesannya menyebabkan kehidupan rakyat marhaen seperti petani dan nelayan menjadi sempit, menjadi susah.

Sebagai contoh, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim adalah projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

“Kesannya cukup dirasai oleh rakyat terutmanya nelayan, hakisan di pantai bemula dari Tok Jembal hingga ke Batu Rakit,

“pengkalan nelayan terhakis, ada yang tidak boleh digunakn terus, musnah ditelan ombak, nelayan terpaksa gotong royong bina pengkalan baru,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jalinan Mesra Bersama Nelayan di Markaz Tarbiah PAS Wakaf Tengah dekat sini, Sabtu 4 Disember.

Turut sama dalam program tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Nerus YB Dr Ustaz Khairuddin Aman Razali.

Menurutnya, kerajaan Umno-BN sering tidak mematuhi peraturan yang dibuat sendiri, contohnya dalam projek yang dicadangkan membangunkan bandar baru Kuala Nerus.

Katanya, tiada kajian Impak Alam Sekitar (EIA) yang dibuat sehingga kini walau un kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan projek tersebut.

Sedangkan kata beliau, tapak cadangan pembangunan bandar tersebut adalah kawasan yang te.ah diperuntukkan sebagai kawasan tadahan hujan.

“Guna pakai kawasan asal tadahan hujan, apakah risiko yang bakal dihadapi oleh rakyat, kita perlu ambil iktibar dari kejadian banjir di Kemaman,

“saya sendri turun membantu (mangsa banjir) dengan harapan dan doa semoga dengan membantu di tempat bencana, Allah menjauhkan tempat kita dari ditimpa bencana,”katanya.

Menurutnya lagi, sekiranya berlaku banjir dan rumah ditenggelami air banyak peralatan dan harta benda yang rosak dan musnah dan ketika itu, Bantuan Rakyat 1 Malaysia tidak begitu berguna lagi.

“Apa maknanya kita membangga-banggakan bantuan BR1M RM500, atau RM650, RM1500 sekiranya bencana sebegini dihadapi oleh rakyat,

“jumlah kerugian yang terpksa ditanggung tidak sepdan dengan BR1M dan bantuan yang telah dihulurkan,

“kita sentiasa menyokong pembngunan, tetapi biarlah berhemah dan terancang dan betul-betul untuk kepentingan rakyat,”tegasnya.

Ulasan