Cukai Pintu; Datuk Bandar ‘Acuh Tak Acuh’, Kerajaan Cuba ‘Berhelah’

raja bahrin2KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarulbahrin Shah kesal dengan sikap Datuk Bandar Kuala Terengganu, Azlan Dagang yang bersikap ‘acuh tak acuh’ dengan rungutan lebih 150,000 warga bandaraya terhadap kenaikan kadar cukai pintu.

Katanya, beliau bersama wakil-wakil yang mewakili kawasan Dewan-dewan Undangan Negeri dalam Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah memohon untuk bertemu dan berbincang berkait isu terbabit, namun tidak dipedulikan oleh Datuk Bandar.
“Kita telah meminta ‘appoinment’ (pertemuan) dengan datuk Bandar, untuk berjumpa dengan beliau. Ini termasuk wakil-wakil rakyat dalam parlimen kuala Terengganu dan Kuala Nerus, kerana cukai pintu ini ada juga dalam kawasan Kuala Nerus,
“Kita meminta ‘appoiment’ pada 6hb (Mei), kita pergi pejabat Datuk Bandar sendiri untuk berjumpa, oleh kerana (tetapi) Datuk Bandar tiada, kami jumpa dengan wakil datuk Bandar,
“yang menjawab bahawa satu ketetapan tarikh itu satu perjumpaan dicantara Datuk Bandar dan wakil rakyat Parlimen Kuala Terengganu akan dimaklumkan kemudian……. Kita menunggu hingga sekarang,
“Kelmarin, kita ‘follow up’ dengan pejabat Datuk Bandar. Dia cakap, Datuk Bandar memang minggu ni, ‘outstation’, nampak gayanya tiada peluang untuk berjumpa dengan Datuk Bandar untuk berbincang tentang isu kenaikan cukai pintu,”ujarnya kesal.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media yang diadakan dipejabatnya pada Khamis 29 Mei.
Sehubungan itu, beliau turut kesal dengan kenyataan Menteri Besar Terengganu Satuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang menafikan berlaku peningkatan yang tinggi dalam kenaikan cukai pintu.
Katanya, beliau mengalu-alukan sekiranya pihak kerajaan negeri mahu mengkaji semula kenaikan tersebut tetapi, Menteri Besar mestilah jelas, berapakah kadar kenaikan yang telah ditetapkan.
Menurutnya, ia sekadar kenyataan Menteri Besar untuk mengkaji semula kenaikan cukai pintu tersebut, tetapi tidak ada surat yang dikeluarkan membatalkan notis yang telah dihantar kepada orang ramai.
Oleh itu, beliau turut kesal dengan tindakan penyokong Umno dan penyokong kerajaan yang dianggap akan mengelirukan dan ‘berhelah’ tentang kenaikan cukai pintu itu.
“Kami amat kesal kerana banyak kain rentang yang dikeluarkan oleh penyokong kerajaan, berterima kasih atas penanguhan kerajaan negeri. (sedangkan) Tidak ada dari mana-mana statement yang dikeluarkan oleh yang berkenaan (menangguhkan kenaikan cukai pintu).
“Banyak kain rentang ini ada di Bandar kuala Terengganu. Saya rasa tidak wajar buat kenyataan begini. Dimana kuasa untuk menagguh?
“Saya rasa ini satu kempen untuk menghalang rakyat daripada terus memasuki (menghantar) rayuan bantahan mereka,”kata beliau.

Ulasan