KUALA TERENGGANU – Penduduk Pulau Redang kesal dengan sikap sambil
lewa syarikat kontraktor pemungut sampah, yang tidak mengangkut bahan
buangan dan sisa pepejal terus ke jeti Merang.
Sebaliknya, sampah yang dikutip dilonggokkan di atas jeti di pulau tersebut dan diniarkan selama dua atau tiga hari, sebelum diangkut ke daratan.
Wakil penduduk yang ditemui berkata, sepatutnya sampah dan sisa buangan tersebut diangkut pada setiap hari.
Menurut Mohd Darus Ismail, 50, syarat tersebut dinyatakan dengan jelas dalam tender pemungutan sampah.
“sepatutnya sampah yang dikutip tidak dilonggokkan di atas jeti, mesti diangkut terus ke darat, samada ke jeti Merang atau ke jeti Kuala Terengganu,
“tidak wajar kontraktor membiarkan sampah ‘membusuk’ selama dua atau tiga hari atas jeti,”ujarnya.
Beliau menegaskan, syarikat yang telah diberikan kontrak itu sepatutnya mempunyai tanggungjawab yang lebih, memandangkan pulau tersebut adalah tumpuan pelancong seluruh dunia.
Seorang lagi penduduk, Rahmat Zakaria, 39, menggesa pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) supaya mengkaji semula pemberian tender tersebut sekiranya syarikat berkenaan tidak mampu untuk melaksanakan kerja.
“MBKT mesti memantau dan mengambil tindakan sekiranya, syarikat gagal melaksanakan tugas, ia adalah amat penting kerana kebersihan adalah perhatian utama,
“sekiranya ada perlanggaran kontrak, MBKT perlu tegas,”katanya.
Rahmat yang juga seorang peniaga, menasihatkan syarikat pengendali pungutan sampah supaya tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata.
Katanya, tanggungjawab sosial menjaga kebersihan dan memastikan persekitaran Pulau Redang yang sentiasa bersih mestilah diutamakan.
Menurut Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Azlan Dagang, Urusan pembersihan dan kutipan sampah di Pulau Redang menelan belanja RM557,280 setahun termasuk urusan pengangkutan sampah dari chalet-chalet ke tanah besar.

Ulasan