Pendaftaran ‘online’ bagi menghadiri majlis sambutan hari
guru dan hari raya sekolah-sekolah dalam daerah Kuala Nerus, menjadikan para
guru hanya mendaftar tetapi sebahagiannya tidak menghadirkan diri.
Majlis yang diadakan di stadium tertutup Gong Badak itu
menjadi medan memohon sokongan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman daripada sejumlah 2600 orangkeseluruhan pendidik termasuk yang tidak
hadir.
Seorang guru yang tidak mahu dikenali berkata, Razif merayu
agar para guru memberikan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional.
“Razif kata, sekarang ini kedudukan dalam Dewan Undangan
Negeri adalah Bn 17 dan pembangkang 15. Jadi dia minta guru-guru agar mengundi
Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum yang akan datang.
“Banyak lagi program pendidikan yang nak dilaksanakan. Oleh
itu Razif minta guru-guru mengukuhkan kedudukan Barisan Nasional,” katanya.
Sebahagian ‘kerusi berwarna biru’ dalam dewan tersebut
kosong tidak dipenuhi oleh para hadirin.
Beberapa orang guru yang dikenali mengajar di beberapa
sekolah didalam daerah ini ada yang mundar- mandir di sekitar Dataran Austin
dan Masjid Wakaf Tembesu ketika majlis Razif berlangsung.
Guru-guru wanita amat sukacita pada awalnya, ketika menerima
hadiah, sehelai kain yang dilipat kemas dalam kotak bertingkat dihiasi gambar
Razif dan isterinya dibahagian hadapan.
Mereka berkejar mahu mengambil kain tersebut yang mereka
sangkakan kain sutera.
Namun apabila dibuka mereka hampa karana ia hanyalah ‘kain
pasang empat musim’ yang kononnya berubah warnanya apabila dilihat pada
waktu-waktu yang berbeza.
Tapi masalahnya kain itu kata guru tersebut, panas dipakai
sekiranya dibuat baju.
Namun begitu beliau berpendapat guru-guru pada zaman ini
berfikiran terbuka dan tidak mudah digula-gulakan.
Walaupun mereka hadir dan mendengar ucapan Razif serta
menerima hadiah yang tidak seberapa dari Razif mereka tidak mudah terpedaya.
“Buktinya apabila pengerusi majlis meminta guru-guru membuat
tepukan gemuruh untuk menyedapkan hati Razif namun bunyi yang kedengaran hanya
menggusarkan hati Razif,
“Tak ramai guru-guru yang bertepuk tangan untuk membodek
Razif,” jelasnya.
Justeru itu, nampaknya hasrat Razif untuk kembali menjadi
Menteri Besar sepenuh penggal selepas PRU 14 masih samar-samar dan ‘gelap
gambor’, kata orang Terengganu.
Razif yang merampas kuasa daripada pendahulunya Dato’ Seri
Ahmad Said hanya ditabalkan menjadi MB setelah setahun berlalu PRU 13 atas
mandat watikah pelantikan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, bukan dari
mandat rakyat negeri Terengganu.
Ulasan