Beradab yang kurang akhlak


Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat seorang tokoh yang dikenali dan dihormati, ketika hayatnya, sentiasa apabila bertemu, akan dikucup dahinya oleh Presiden PAS. Sehingga meninggal beliau tetap bersama dibawah kepimpinan Presiden PAS.


Dato Dr Johari Mat adalah pakar dalam bidang kajian ajaran sesat di Malaysia, pernah mendapat gelaran Profesor Madya, menjadi senator selama dua penggal dibawah nama PAS.

Almarhum Haji Salleh Musa seorang alim yang dihormati, berpendirian kontra dengan Dr Johari Mat, tetapi berpelukan mesra dengan Presiden PAS. Diserunya pula supaya menyokong PAS. Tiada masalah.

Ketua jemaah Tabligh menyambut dengan penuh kegembiraan kehadiran Presiden PAS ke markas mereka di Sri Petaling.

Persatuan Guru-Guru Pondok, begitu menjaga hubungan dengan PAS, walaupun PAS berkawan dengan kumpulan berbeza aliran dengan mereka.

Menteri Agama, sebelum menjadi Mufti Wilayah lagi, sentiasa mengunjungi Presiden PAS dan Ustaz Harun Taib sebagai tanda hormat kepada golongan ulamak.

Zakir Naik amat gembira bertemu dengan Presiden PAS. Walau berbeza bidang kepakaran, tetapi maksud mereka sama, jadi kenapa perlu bertegang leher. Itulah sikap yang bijak.

Ada lagi tokoh-tokoh dari berbagai aliran lain dalam Islam menyokong PAS. Tiada masalah. Tidak pernah lagi diajaknya mereka secara kurang ajar mahu berbahas, berdebat jika ada sedikit perbezaan.

Kita juga belum pernah melihat tokoh seperti Dr Abdul Basit Abdul Rahman atau Abu Anas Madani yang mempunyai ijazah, master dan juga PhD dari Universiti Madinah mencabar debat terbuka dengan Presiden PAS.

Pastinya beliau menghormati Presiden PAS walau mungkin ada isu yang tidak sefikiran. Dan sangat mudah lagi bagi beliau untuk mengatur debat kerana adindanya adalah Ahli Parlimen PAS, jika beliau mahu.

Dr Maza adalah tokoh kontroversi. Tapi bagi menghormati Presiden PAS, datang beliau ke Rusila bagi berbincang secara damai.

Yang penting tahu adab, menghormati antara satu sama lain. PAS tidak menyentuh mazhab yang diikuti oleh ahlinya asalkan ia dari senarai mazhab yang diiiktiraf dunia Islam. Banyak aliran yang dinobatkan oleh ulamak dunia. Persidangan di Amman Jordan sekitar 2005 menjadi bukti.

Oleh kerana keterbukaan PAS ini, maka bukan sahaja kumpulan dari latar belakang agama boleh menerima dan berbincang dengan PAS, malah Umno dan Bersatu, golongan berasaskan sekular, juga dapat menerima idea Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) PAS yang jelas disebut PAS 'demi kepentingan Islam'.

Jadi PAS menentang Yahudi dan Nasrani sebagai musuh Allah dan Islam yang paling utama. Tiada khilaf pada semua mazhab dalam Islam. Jelas dan nyata.

Tetapi apabila ada golongan yang begitu marahkan Presiden PAS, tidak berpuashati semenjak dahulu, kita menjadi agak hairan. Sedangkan dalam masa ijmak ulamak tidak memperbesarkan perkara atau kesilapan kecil, apa lagi berkenaan istilah atau majaz. Namun ada golongan yang memperbesarkan isu kecil dan dilemparkan ke tengah-tengah masyarakat. Berlagak hero.

Nampakkah beza antara golongan ulamak ini? Ada yang benar beradab dan ada yang dilihat konon beradab tapi kurang akhlak, tidak tahu menghormati. Bencikan golongan kafir yang memusuhi Islam, kemudian membuat perkara yang musuh itu gembira.

Tiadalah perkara yang paling disukai oleh musuh Islam di Malaysia ketika ini selain dari membelasah PAS, dan pastinya Presidennya paling dicari. Jadi dari mana asal golongan ini? Ditajakah mereka?

Harap dengan tulisan tidak diajak pula aku berdebat nanti. Manalah tahukan, tengah gila nak menang berdebat, bukan dia kira siapapun yang dia nak lawan.

Mohd Nasir Abdullah
15 Jun 2020

Ulasan