Kapal angkasa penjelajah Al-Amal milik Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilancarkan pada Isnin jam 6.58 pagi waktu tempatan (5.58 pagi) dari Pusat Angkasa Lepas Tanegashima, Kepulauan Osumi Jepun.
Kapal tanpa juruterbang itu menuju ke planet Marikh dan akan mengelilingi bintang berwarna merah itu.
Misi antara planet pertama oleh negara Arab itu dirai dengan perasaan sangat gembira seluruh warga UAE.
Penolong Pengarah Projek Marikh UAE, Sarah al-Amiri berkata, terdapat satu perasaan yang tidak dapat digambarkan ketika melihat roket dilancarkan.
"Ini ialah masa depan UAE. Kami sedang menunggu detik-detik pemisahan (roket dengan kapal angkasa itu) dan signal yang pertama. Saya mengucapkan terima kasih kepada UAE kerana diberikan peluang ini," katanya yang juga Menteri Negara Untuk Kemajuan Sains kepada TV Dubai dari pusat pelancaran itu..
Hope atau Al-Amal dalam bahasa Arab merupakan sumber kebanggaan UAE iaitu pendatang baharu kepada dunia angkasa lepas.
"Satu mesej kebanggaan, harapan dan keamanan kepada wilayah Arab yang mana kita perbaharui penemuan Islam dan zaman keemasan Arab, kerajaan UAE disatukan dengan tujuh emiriah termasuk ibu negara Abu Dhabi dan kota Dubai," kata satu kenyataan di Twitter.
Pelancaran Hope yang terpaksa ditangguhkan dua kali sebelum ini akibat masalah cuaca berjaya dilancarkan dengan pengiraan 10 saat.
Ia dijangka tiba di orbit planet Marikh pada Februari 2021 sekali gus meraikan ulang tahun ke-50 tahun penyatuan UAE.
Untuk rekod, selain Projek UAE, dua lagi negara juga berlumba ke planet Marikh membabitkan projek Tianwen-1 dari China dan Mars 2020 dari Amerika Syarikat (AS).
Oktober ini, planet Marikh dilaporkan akan berada dekat dengan bumi iaitu sejauh 62.07 juta kilometer, menurut Pusat Aeronautik Kebangsaan dan Pentadbiran Angkasa (NASA). - sumber Agensi
Ulasan