Sebuah kem, didakwa China sebagai pusat pendidikan semula |
China mungkin telah melakukan 'pembunuhan beramai-ramai' dalam tindakannya terhadap Uighur dan minoriti muslim lain di wilayah Xinjiang.
Sebuah Jawatankuasa Bipartisan Kongres Amerika Syarikat dalam sebuah laporan baru berkata, bukti baru terhadap jenayah itu, telah muncul pada tahun lalu.
Suruhanjaya-Eksekutif Kongres China (CECC) juga pada hari Khamis, menuduh China mengganggu Uighur di AS.
China dikecam secara meluas kerana mendirikan kompleks di Xinjiang yang digambarkannya sebagai 'pusat latihan vokasional' untuk memberantas ekstremisme.
Negara komunis itu juga mendakwa, program tersebut memberi kemahiran baru, sebaliknya ramai pihak menuduh ia adalah sebuah 'kem konsentrasi'.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengatakan sekurang-kurangnya satu juta Uighur dan Muslim lain telah ditahan di Xinjiang.
Pemimpin agama, kumpulan aktivis dan lain-lain mengatakan jenayah terhadap kemanusiaan, termasuk pembunuhan beramai-ramai, berlaku di sana.
Sebaliknya, Beijing menafikan tuduhan tersebut.
Laporan CECC meminta penentuan rasmi AS tentang apakah kekejaman yang dilakukan di Xinjiang, dan penentuan seumpama itu diperlukan dalam 90 hari dari undang-undang AS yang disahkan pada 27 Disember.
Ketua bersama CECC, Perwakilan Demokrat Jim McGovern, menyebut tindakan China untuk menghancurkan hak asasi manusia pada tahun lalu sebagai mengejutkan dan belum pernah terjadi sebelumnya serta mendesak Kongres dan pentadbiran Biden yang akan datang agar Beijing bertanggungjawab.
"Amerika Syarikat harus terus berdiri bersama rakyat China dalam perjuangan mereka dan memimpin dunia dalam tindak balas bersatu dan terkoordinasi terhadap pelanggaran hak asasi manusia pemerintah China," katanya. AJE
Ulasan