Oleh : Wajihah Rosli
KUALA TERENGGANU - Akibat kian alpa dengan kehadiran pandemik Covid-19 telah menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berulang menginjak ke gelombang ketiga.
Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Suhazeli Abdullah berkata yang mana setakat 20 Januari 2021 jumlah kes positif mencatat hampir 169 ribu orang yang memaksa kerajaan melaksanakan PKP 2.0.
" Masyarakat leka kerana dimomokkan dengan berita-berita, isu-isu , perkataan-perkataan dan ucapan-ucapan yang boleh saya katakan tidak bertanggungjawab oleh beberapa golongan tertentu.
"Seperti ucapan yang menyatakan bahawa Covid-19 tidak bahaya , ia sama seperti selsema burung dan sebagainya. Sedangkan kalau kita lihat dari segi jumlahnya itu begitu meningkat mendadak sampaikan tempoh setahun yang kita lalui sekarang ini sudah mencecah pada 160 ribu, " jelasnya yang amat kecewa dengan kenyataan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.
Dr. Suhazeli menyatakan demikian dalam segmen ' Tanyalah Doktor ' ( siri 3 )' yang mengupas isu tentang ' Covid-19 Mitos vs Fakta ' ketika bersiaran secara langsung di ' facebook' Lubna TV pada Sabtu 23, Januari lalu.
Menjawab persoalan yang ditanya oleh moderator, Dr. Farhaana Husainy Hasbullah, apakah simptom-simptom pesakit bergejala, katanya sesiapa yang bergejala 60 peratus akan mempunyai kesan lanjutan seperti sakit urat , sesak nafas dan deria bau iaitu selama 60 hari.
"Selain itu , dikatakan juga suspek yang bergejala kemungkinan besar dijangkiti kali kedua disebabkan antibodi dalam badan yang semakin menghilang," ujarnya dalam rancangan yang bersiaran selama setengah jam itu.
Justeru, kata beliau, masyarakat dinasihatkan untuk mengamalkan Prosedur Operasi Standard(SOP) dan penjarakkan sosial yang merupakan cara terbaik sebelum vaksin sebenar berjaya digunakan.
Beliau juga turut memuji kerajaan yang telah mengambil langkah proaktif bagi membuka Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah(PKRC ll) , Institut Latihan(Kejururawatan) Kementerian Kesihatan Malaysia(ILKKM) Kuala Terengganu.
Ulasan