Lembu Atau Haiwan Lepas Bebas Bukan Ternakan


KUALA TERENGGANU - Orang ramai di negeri ini diingatkan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menegaskan, lembu atau haiwan yang dilepas bebas tidak dikira sebagai binatang yang diternak. 

Pengerusi Lujmah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, para penternak samada kecil atau besar perlu mengambil maklum tentang perkara tersebut.

“Isunya kesedaran dikalangan sesetengah pemilik yang mengambil mudah tidak praktikkan dan tambah masalah lagi yang mengamalkan sistem lepas bebas.

“Dalam istilah penternakan, ternakan yang dilepas berkeliaran tidak dianggap sebagai salah satu sistem penternakan.

“Ternakan tersebut dikategorikan sebagai haiwan berkeliaran yang boleh mendatangkan pelbagai isu dan masalah. Dengan istilah lain, haiwan yang dilepas bebas sebenarnya bukan haiwan ternakan!,” jelasnya.


Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri berkata demikian dalam ciapan laman sosialnya semalam.

Kata beliau, antara risiko tidak mengamalkan penternakan baik ialah penyakit berjangkit, pencemaran, kacau ganggu dan yang lebih teruk mendatangkan risiko kemalangan yang boleh meragut nyawa manusia dan haiwan itu sendiri.

Justeru itu, beliau mengambil perhatian dan meminta agar cadangan supaya  JPV semak semula satu peraturan atau enakmen sedia ada bagi membolehkan tindakan keras diambil terhadap pemilik haiwan terbabit.

“Isu cadangan supaya setiap haiwan ternakan dipakaikan ‘tag’ agar memudahkan penguatkuasaan kepada pemilik ternakan berkeliaran ekoran peningkatan kemalangan membabitkan haiwan ternakan di LPT.

“Arahan Protokol Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia; Peraturan tanda pengenalan tagging atau tatoo atau ‘leg tag’  memang kalau ikutkan menjadi kewajipan pada semua ternakan yang berdaftar,” tambah beliau.

Buat masa ini, katanya, agensi yang boleh mengambil tindakan keatas haiwan berkeliaran ialah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukannya JPV.

Kenyataan beliau itu dikeluarkan, berhubung berkait dengan kes sembilan ekorlembu mati selepas dirempuh dua buah kenderaan dalam kemalangan di kilometer (km) 291.1, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dari arah Kuantan - Kuala Terengganu pada Jumaat lepas.

Ulasan