Setahun Covid-19; Kempen Satu Keluarga Satu Hafiz


KUALA TERENGGANU - Masyarakat Islam di negara khususnya kerajaan disaran menggerakkan kempen ‘Satu Keluarga, Satu Hafiz’ bagi membudayakan Al-Quran secara berterusan dan usaha membina keluarga sakinah.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Riduan Mohamad Nor berkata, inisiatif itu amat penting untuk  melahirkan generasi yang berkualiti, menjauhi najis dadah, mengelakkan gejala sosial serta kebobrokan yang lain.

“Masyarakat perlu tahu mengapa sekolah tahfiz menjadi tarikan pesona kepada ibubapa untuk menghantar anak-anak belajar agama. Menarik juga kerana sebahagian besar yang menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz mahu pun sekolah agama rakyat ialah kelompok kelas menengah Melayu yang berpendidikan.

“Mereka tidak naif sebagaimana sangkaan sebahagian masyarakat bahawa Maahad Tahfiz adalah sarang buangan pelajar yang bermasalah atau ibu tunggal yang mahu mencari suri hati melepaskan anak mereka berdikari,” ujarnya.

Beliau berkata demikian hari ini, ketika mengulas peringatan setahun sejak negara dilanda wabak maut Covid-19 yang menggerunkan.

Menurutnya, statististik terkini menunjukkan, kes jangkitan kovid di Malaysia sudah mencapai 183,801 dengan jumlah maut berkaitan pandemik itu, seramai 689 orang.

“Virus ini telah berada disekitar kita, bahkan menyentuh insan-nsan yang kita kenali  dengan sejumlah 689 orang telah meninggal dunia serta dijangka angka kematian akan terus meningkat.

“Menurut KKM , seramai 141,446 (77%) orang telah sembuh daripada virus ini. Bermakna purata kes positif sehari ialah 503 orang. Tiada negeri di Malaysia yang selamat, bahkan negeri seperti Selangor pula, masjid dan suraunya telah lama menyepi daripada aktiviti,” jelasnya.

Justeru, kata beliau, serangan virus tersebut telah keadaan suram dan bungkam dengan suasana ekonomi yng tidak berkembang serta tiada perayaan keagamaan.

“namun segalanya tersembunyi hikmah daripada pemilik alam buana ini,” tambah beliau.

 

 

Ulasan