Setahun PKP; Ramai Yang Masih Keliru?


KUALA TERENGGANU -  Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan sejak tahun lalu, namun ramai dalam kalangan rakyat masih keliru dengan peraturan yang ditetapkan dalam penguatkuasaannya. 

Menurut Timbalan Yang DiPertua PAS (TYDP) Kawasan Setiu, Dr Azman Ibrahim, pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berbeza-beza juga telah menimbulkan keraguan kepada rakyat. 

"Rakyat juga keliru dengan penguatkuasaan SOP yang berbeza antara negeri. Contohnya di Kelantan kedai basuh kereta boleh buka, di Terengganu tak boleh," ujarnya

Beliau yang menulis di laman sosialnya, mengakui bahawa SOP PKP, PKPB, PKPP yang berubah-ubah telah membangkitkan kegelisan rakyat dalam kehidupan seharian mereka.

"saya sendiri bila rakyat tanya tentang sesuatu perkara berkaitan SOP, kena 'buka kitab' dulu baru boleh jawab. 

"Mudah sebut dengan jujur, kalau kita sebagai Exco Kerajaan pun tak arif untuk beri penjelasan 'on the spot' tentang SOP, apatah lagi rakyat awam." katanya. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu mengulas keputusan kerajaan yang akan menyambung PKP 2.0 dua minggu sehingga 18 Februari. 

"Tentunya dengan beberapa perubahan penguatkuasaan SOP yang belum diumumkan lagi, tidak mudah sebenarnya untuk maklumat ini sampai kepada rakyat dengan cepat," tambahnya. 

Justeru, sebagai anggota pentadbiran kerajaan, beliau memohon agar penguatkuasaan SOP akan datang perlu kepada budi bicara dalam menangani situasi genting yang dihadapi seluruh dunia, sekarang.

" Tahap kepatuhan rakyat kita kepada SOP PKP sebenarnya boleh dipuji samada di kota atau di desa. 

Ada sikit sebanyak kekeliruan perlu dinasihatkan tanpa penguatkuasaan. 

" Penguatkuasaan undang-undang perlu adil dan perlu juga kelihatan adil. Bila kena saman, akhirnya dengan YB juga rakyat mari menangis minta pitih, " saran beliau. 


Ulasan