Yahya Sinwar, 58, dipilih semula sebagai pemimpin Hamas di Gaza dan akan menjawat jawatan utama gerakan Islam itu selama empat tahun lagi.
Kemenangannya dalam pemilihan pada Rabu, dapat memberi implikasi mendalam terhadap hubungan Hamas dengan Israel dan pemain serantau lain.
Ia juga boleh memberi kesan kepada pilihan raya Palestin akan datang, yang diadakan buat kali pertama sejak 15 tahun.
Pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh, yang juga mantan pemimpin Gaza mengucapkan tahniah kepada Sinwar atas kemenangannya dan menegaskan ia sokongan rakyat sebenarnya.
"suara itu nyata, bukan palsu dan berpuluh-puluh ribu anggota Hamas telah turut serta.
" hasilnya menunjukkan keseriusan gerakan dalam pemilihan nasional dan presiden Palestin yang akan datang." jelas Haniyeh.
Yahya adalah bekas anggota sayap tentera kumpulan itu yang menghabiskan lebih dari dua dekad di penjara Israel, dibebaskan dalam program pertukaran tahanan 2011.
Sesuai latar belakangnya, beliau mempunyai hubungan erat dengan sayap tentera Hamas dan sering mempromosikan pendekatan konfrontasi terhadap Israel.
Yahya juga telah membantu meningkatkan hubungan negara jiran Mesir dengan memperketat keamanan di sepanjang perbatasan Gaza dengan Sinai utara.
Jalur Gaza adalah kawasan aktiviti terpenting Hamas yang menentang kewujudan Israel, sejak yahun 2007.
Sejak itu, ia telah bertempur tiga perang dan banyak pertempuran melawan, terus berkuasa walaupun ada sekatan berterusan oleh Israel-Mesir, yang melumpuhkan ekonomi.
Ulasan