Adik-adik Pemuda Umno, Jangan Ungkit Peristiwa Hitam

 


Apa lagi untuk diungkit-ungkit semula peristiwa hitam yang tidak perlu dikenang dalam Muafakat Nasional (MN). Namun atas rasa kasih dan sayang agar dosa fitnah dan kesalahan lampau tidak terpalit kepada generasi seterusnya ianya perlu dilakarkan. Sejarah sebagai panduan batas dan sempadan kehidupan.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Sedikit nasihat untuk adik-adik Pemuda UMNO Kemaman 

Isu Masjid Bujal jangan diungkit lagi. Cukuplah dgn kesilapan ayah-abang Umno yang terdahulu. Anda ketika itu remaja mungkin masih kanak-kanak yang belum memahami apa-apa tentang sepak terajang politik. Berpolitik itu adalah keperluan namun segala-galanya bukan politik ianya ada batas dosa dan pahala. Bukan semua perkara tindakan diukur atas untung dan rugi politik. Kami PAS melihat untung dan rugi Islam, agama, bangsa dan generasi yang akan datang.

Diingatkan mereka terdahulu yang terlibat dalam usaha perobohan Masjid Bujal insaflah dan berilah nasihat yang baik untuk Pemuda Umno sebab tidak berapa lama lagi kita akan bertemu dgn Allah SWT, yang akan menjawab bukan lidah lembek kita lagi.

Pertamanya perlu kita fahami kalimah masjid bukan hanya tempat untuk bersolat jumaat. Peraturan di Negeri Terengganu untuk bersolat jumaat perlu kelulusan dan kebenaran daripada Pejabat Agama dan MAIDAM sebab itu Masjid Lama Bukit Kuang walaupun namanya masjid masih tidak dilaksanakan solat jumaat kerana patuh kpd arahan MAIDAM dan JHEAT walaupun dulunya pernah sebagai tempat solat jumaat sebelum adanya Masjid ArRahman. Walaupun dari segi keperluan atas kepadatan penduduk selayaknya utk dibenarkan semula solat jumaat di sana tapi kerana patuh dengan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan ahli qoryah mentaatinya. Alhamdulillah.

Keduanya, Tahun 2003 tapak tanah Masjid Bujal telah diluluskan oleh MKN (mesyuarat tertinggi sebuah Kerajaan Negeri) maka para peserta RTB Bujal bersepakat bergotong royong membina masjid (bukan maksud utk bersolat jumaat lagi) sebagai tempat solat fardu berjemaah serta aktiviti² pendidikan dan kemasyarakatan, disamping mereka berusaha membina rumah² ditapak tanah mereka yang sudah diluluskan oleh MKN mengambil konsep sirah Rasulullah SWT berhijrah ke Madinah singgah tiga hari di Quba' sebelum masuk ke Yatsrib mengambil kesempatan membina Masjid Quba' walau hanya dengan pelepah tamar dan batang kurma. 

Namun demikian apabila bertukar tampuk pemerintahan Negeri Terengganu 2004, diterajui semula oleh BN bermulalah "Projek Zalim" merampas kembali tanah-tanah RTB walaupun yang sudah diluluskan oleh sebuah kerajaan yang "SAH" pilihan rakyat melalui sistem Demokrasi Berparlimen..Dari sinilah bermulanya "Projek Double Zalim" berusaha uuntuk meruntuhkan tapak rumah yang sedang dalam binaan (yang sudah dilulus oleh MKN) dan "Projek Triple Zalim" sanggup dengan kuasa yang dimiliki sebagai sebuah kerajaan, Masjid Bujal yang sepatutnya dihormati hasil usaha sumbangan dan gotong-royong rakyat yang ikhlas, sanggup mereka berusaha bukan sekadar untuk meruntuhkan bahkan mencungkil sisa tapak masjid agar langsung tidak kelihatan. Mereka lupa mata² manusia amat terbatas tapi Allah Maha Melihat. Pandangan Allah tidak terpadam.. 

Firman Allah; 

ومن أظلم ممن منع مساجد الله أن يذكر فيها اسمه وسعى فى خرابها أولئك ما كان لهم أن يدخلواها إلا خائفين لهم فى الدنيا خزى ولهم فى الآخرة عذاب عظيم..١١٤ البقرة

" Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang melarang dari menyebut nama Allah dalam masjid-masjidNya dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya kecuali dengan merasa takut kepada Allah. Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat seksa yang berat"

Ketiganya para peserta RTB Bujal berusaha mengambil tindakan mahkamah melalui peguam Almarhum Tun Saleh Abas dalam mempertahankan hak² mereka. Setelah beberapa tahun melalui masa yang agak panjang keputusan mahkamah berpihak kepada peserta RTB Bujal dengan dikehendaki pihak Kerajaan Negeri Terengganu membayar ganti rugi dan pampasan dengan nilaian yang bukan sedikit. 

Namun demikian apabila dengan izin Allah 2018 PAS berjaya mengambil alih dan menerajui semula Kerajaan Negeri Terengganu dan menjadi salah satu manifesto utama Kerajaan Negeri untuk mengembalikan semula hak rakyat khususnya RTB yang telah dirampas sebelum ini. 

Maka dengan rendah diri para peserta RTB Bujal bersetuju menyelesaikan tuntutan mereka dengan beberapa syarat yang telah dipersetujui Kerajaan Negeri melalui mahkamah, termasuk janji "membina semula Masjid Bujal" oleh Kerajaan Negeri. Buat waktu sekarang tidak semestinya utk fardhu jumaat namun begitu untuk waktu beberapa tahun akan datang dengan kelulusan permohonan² tanah dan Rancangan Tanah Berkelompok serta beberapa perancangan perumahan sekitar Kampung Bujal, Kampung Payoh, Kampung Bukit Teruna, Kampung Jong Belaboh dan Padang Kemunting perlu diangkatkan masjid tersebut untuk k solat jumaat.

Wahai adik-adik Pemuda Umnno yang dikasihi cukuplah untuk diungkitkan kembali kisah² ini dibimbangi parut-parut lama terluka kembali. Kata pepatah arab..

ما لفات لفات

"Apa yang telah berlalu biarlah ianya berlalu"

 Mudah-mudahan an generasi muda hari ini menjadikan ianya sebagai panduan dan sempadan, sepatutnya marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa agar dipermudahkan lagi urusan pembinaan semula masjid ini.

Banyak perkara yang boleh diungkit samaada atas kapasiti peribadi apalagi atas nama jamaah PAS yang sekian lama tertindas. Islam mengajar kami sabar itu pahala, istiqomah itu berkali ganda pahalanya. 

Adik-adik Pemuda Umno mungkin dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana UMNO berkuasa penuh dan segala agenda dan program yang dirancang boleh dilaksanakan dengan mudah tiada keterbatasan, sekarang diuji seketika dengan sedikit keterbatasan, bersabar dan istiqomah adalah jalan terbaik.

Kepada abang-abang dan otak-otai Umno, apa yang berlaku hari ini adalah pengajaran dan pengalaman yang sangat bermakna buat kalian. Langit tidak selalu cerah, awan mendung berarak tidak semestinya dengan ribut dan petir mungkin di sana turunnya hujan rahmat, bahagia dengan muafaqat demi ummah untuk diselamatkan. 


Hazri Jusoh

Pengerusi Majlis Tindakan DUN Kijal

Pegawai Penyelaras DUN Kijal

24 Julai 2021 (Sabtu)

Ulasan