Keadaan politik Malaysia sekarang ini, macam keadaan orang terkena Covid juga. Masing-masing kata parti lawan tengah nazak, kena masuk ICU, kena ditidurkan.
Umno dan PH nak tidurkan Bersatu. Bersatu pula cuba nak tidurkan Umno dan PH. Masing-masing cuba siapa dulu yg boleh tidurkan lawan mereka.
Umno dan PH dah hampir boleh tidurkan Bersatu dgn SD mereka dan perletakan jawatan penting orang-orang mereka dalam kerajaan.
Tapi datang pula RoS dengan jarum besar, nak tidurkan Umno, sebab katanya Umno dah nazak, terkena variant delta baru, Lambada. Oleh kerana PH 'close contact' dengan Umno, maka PH pun perlu dilakukan pemeriksaan juga, takut berjangkit.
Umno dan PH, takut jarum, dan dia orang gelabah. Jadi semua pihak masih belum boleh ditidurkan lagi sebab Umno lari dari RoS dulu buat sementara. Dia sedang cari akal nak elakkan dari kena ditidurkan.
Macamana pula dengan Pejuang, GPS, Warisan dan komponen BN yang lain? Mereka adalah pewaris harta kedua pihak Umno, PH dan Bersatu.
Jadi mereka sedang memerhati dan menunggu dengan sabar kematian Umno, PH atau Bersatu untuk tujuan pembahagian harta, siapa akan mendapat bahagian terbesar harta pusaka. Bukankah pembahagian harta lebih afdhal dilakukan segera selepas kematian?
Habis tu PAS sebagai apa? PAS ni sebagai skuad pengurusan jenazah saja. Selalu kena standby, takut kalau-kalau lepas ditidurkan, ada yang mati. Sebelum ditidurkan, PAS ajar mengucap, ambil wudhu, ajar solat kalau tak reti.
Kalau meninggal, PAS pun akan jalankan tugas dia, tayammumkan mayat, kafan, bawak ke kubur, tanam dan talkin dan baca doa. PAS buat semua kerja fardhu kifayah tu, 'free of charge'.
Alah betullah....kan kalau kau nak mati, kau pergi cari lebai? Lebai, pandailah bab-bab hukum hakam semua ni. Tu lah masa kau hidup benci sangat kat lebai. Takkan mati pun benci lagi..?
Mohd Nasir Abdullah
11 Ogos 2021
Ulasan