Presiden Taiwan Tsai Ing-wen menyatakan, pemerintahannya tidak akan tunduk pada tekanan dari China dan akan terus meningkatkan pertahanan pulau itu untuk melindungi cara hidup demokratiknya.
Tindak balas lantang Tsai pada hari Ahad muncul sehari setelah Presiden China Xi Jinping berjanji sekali lagi untuk merealisasikan "penyatuan damai semula" dengan wilayah pemerintahan sendiri itu.
Dituntut oleh China sebagai wilayahnya, Taiwan telah mendapat tekanan
ketenteraan dan politik yang semakin meningkat untuk menerima pemerintahan
Beijing.
Ia termasuk serangan tentera udara China berulang ke zon pengenalan pertahanan
udara Taiwan.
Selama minggu pertama bulan Oktober saja, Beijing mengirim sekitar 149 pesawat
tentera berhampiran pulau itu, memaksa Taiwan untuk menggerakkan jet pejuangnya
dan mencetuskan kebimbangan antarabangsa.
Berucap pada prhimpunan yang diadakan untuk memperingati Hari Kebangsaan Taiwan
di pusat Taipei, Tsai berharap dapat meredakan ketegangan di Selat Taiwan.
Beliau berkata kerajaannya tidak akan "bertindak terburu-buru",
tetapi menegaskan "sama sekali tidak ada khayalan bahwa rakyat Taiwan akan
tunduk pada tekanan".
“Taiwan akan terus meningkatkan pertahanan nasional dan menunjukkan tekad kita
untuk mempertahankan diri kita,
“untuk memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang dapat memaksa Taiwan untuk
mengambil jalan yang telah ditetapkan oleh China," katanya dalam ucapan di
luar pejabat presiden.
"Ini kerana jalan yang telah dirumuskan oleh China tidak menawarkan cara
hidup yang bebas dan demokratik untuk Taiwan, atau kedaulatan bagi 23 juta
rakyat kita." Tambahnya.
Bertindak balas terhadap kenyataan itu, China telah mengecam ucapan Presiden Taiwan itu dan menyatakan Tsai menghasut konfrontasi dan memutarbelitkan fakta.
Pejabat Hal Ehwal Taiwan China menambah, menuntut kemerdekaan bererti Taiwan menutup pintu untuk berdialog.
- sumber AJE
Ulasan