'Tabik' Kepada Petugas Media Di Gaza


 Walaupun nyawa mereka diancam oleh serangan rejim zionis, kehilangan rakan sejawat dan ahli keluarga, namun 'tabik' kepada petugas media yang terus utuh membuat liputan di Gaza.


Ketua Biro Al-Jazeera, Wael Dahdouh pada hari Jumaat, terkena serpihan bom pada lengan berjaya berjalan ke hospital Nasser seorang diri, di mana dia dirawat kerana cedera ringan. 


Beliau berkata kru rangkaian itu mengiringi penyelamat pertahanan awam dalam misi untuk memindahkan sebuah keluarga selepas rumahnya telah dibom.


Pada detik tersebut, kawan setugasnya jurukamera Samer Abudaqa telah diserang dron Israel semasa melaporkan diri di sekolah Farhana di Khan Younis.


Sebelum itu Wael Dahdouh, beberapa minggu lalu telah kehilangan isteri, anak lelaki, anak perempuan dan cucunya.


Namun semua ujian getir itu tidak sedikit pun melemahkan senangatnya untuk terus berjuang.


"Kami akan terus menjalankan tugas kami dengan profesionalisme dan ketelusan," katanya, ketika orang yang berkabung di sekelilingnya menangis.




Pengebumian Samer diadakan pada hari Sabtu di bandar Khan Younis.


Keluarga, rakan dan rakan sekerja Abudaqa mengucapkan selamat tinggal sambil menangis ketika mayatnya diturunkan ke tanah.


Sehingga kini, 90 petugas media telah gugur 'syahid' semasa melaksanakan tanggungjawab mereka di Gaza


Ulasan