Umno perlu diganti untuk masa depan yang lebih baik.

http://buletinonline.net/images/stories/berita37/bantuanwahid.JPGKUALA TERENGGANU - Umno dan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun lalu, banyak melakukan khianat terhadap amanah dan menyelewengkan harta rakyat

Khususnya di negeri Terengganu, PAS menegaskan bahawa Umno dan BN perlu digantikan bagi menyelamatkan kehidupan dan masa depan rakyat di negeri ini.

Oleh itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata Umno-BN perlu ditukar dan digantikan dengan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.

“Kita melihat sudah sampai masanya Umno perlu digantikan dengan PAS dalam pilihan raya akan datang. PAS ganti Umno, khususnya di Terengganu.

“PAS kena ganti Umno untuk menyelamatkan rakyat, menyelamatkan negeri daripada penyelewengan dan perkara-perkara yang berlaku sekarang ini.

“Kita boleh lihat sendiri selama lebih 50 tahun Umno dan kerajaan BN memerintah banyak menyusahkan rakyat dan melakukan penyelewengan terhadap harta rakyat,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Sumbangan Bantuan Persekolahan di Chabang Tiga, dekat sini.

Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam menegaskan Umno-BN Terengganu gagal mentadbir serta menguruskan negeri dengan baik.

Menurutnya, harta rakyat habis dibelanjakan secara boros dan masalah rakyat di kesampingkan serta golongan miskin tidak dibela.

“Umno telah hilang fokus hari ini termasuk di Terengganu. Masalah perbalahan sesama sendiri tidak selesai, perbelanjaan harta rakyat tidak terkawal, bersikap boros, rakyat tidak terbela dan orang miskin masih ramai,

“Umno Terengganu gagal mentadbir-urus negeri dengan baik. Kita kena selamat rakyat dan negeri ini dari kekuasaan kerajaan Barisan Nasional,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berharap agar seluruh rakyat Terengganu membuka minda dan membuat perubahan.

Pada majlis tersebut Abdul Wahid telah memberikan sumbangan berupa peralatan sekolah kepada seramai 36 orang pelajar miskin tanpa mengambil kira fahaman politik dan latarbelakang keluarga mereka.

Turut Hadir pada majlis tersebut Ketua Cawangan PAS Tok Ku Tuan Besar, Syed Hassan Syed Mohamad dan Ketua Lajnah Tarbiyahnya, Syed Alwi Syed Abdul Rahman.

Ulasan