Idris, UMNO/BN Terengganu Khianati Jiran Tetangga, Orang Kampung dan Rakyat Sendiri

MB khianati jiran tetangga, orang kampungnya sendiri


Besut; 21 Jan - Kedudukan Dato’ Seri Idris Jusoh, untuk mempertahankan DUN Jertih, dilihat oleh banyak pihak, sebagai kerusi yang tidak selamat lagi, bagi Menteri Besar Negeri Terengganu itu

ni adalah kerana, rakyat di kawasan berkenaan telah hilang keyakinan terhadap Idris yang mengkhianati janji-janji Idris kepada mereka, pada Pilihanraya Umum ke 11, tahun 2004 lalu.


Justeru itu, mereka merasa kecewa tidak lagi mahu bergantung harap kepada Idris yang dilihat oleh mereka sebagai ‘kacang lupakan kulit’


Semakan dan pemerhatian lapangan yang dibuat oleh Buletinonline mendapati, rakyat umum, para pengundi dan penyokong UMNO/BN, melahirkan rasa tidak puas hati dengan kepimpinan Idris.


Rakyat melihat khususnya Idris dan amnya kerajaan UMNO/BN Terengganu telah gagal membela nasib rakyat, tidak dapat menyelesaikan isu tanah dan tidak berupaya menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan negeri Terengganu seluruhnya.


Isu terbaru berlaku di kampong Idris sendiri. Kes pengambilan tanah orang kampong untuk pembesaran Masjid Seberang Jertih ‘melukakan hati dan perasaan’ jiran tetangga Idris. Masjid Jertih terletak bertentangan dengan rumah ‘orang tua’ Idris, dipisahkan oleh jalanraya yang menghubungkan Bandar dengan Kota Bharu. Tanah jiran-jiran Deris telah diambil semula oleh kerajaan negeri dan rumah-rumah mereka dirombak, bagi kerja-kerja pembesaran masjid tersebut.


Apa yang menjadi kemusykilan rakyat setempat adalah, apa perlunya Masjid Jertih diperbesarkan dengan jarak antara Masjid Seberang Jertih dengan Masjid Hadhari, hanyalah 800 meter. Masjid Hadhari, sebuah masjid ‘mega’, sedang dalam pembinaan dengan kos RM10 juta, dijangka siap akhir tahun ini. (Foto: Mohd Noor menunjukkan rumahnya yang sudah dirombak)


Seorang pesara Jabatan Kerja Raya(JKR), Encik Mohd Noor Daud, 68, yang juga jiran rapat Idris, berasa amat terkilan dengan sikap Idris. Beliau mengenali Idris sejak Idris kanak-kanak lagi. Janji yang pernah diucapkan oleh Idris Jusoh selaku Menteri Besar Terengganu. awal tahun lalu masih segar didalam ingatannya.


Encik Mohd Noor berkata, (Idris)MB Terengganu berjanji di hadapan orang ramai dalam satu majlis perasmian Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seberang Jertih.


“Dia (Idris) berucap di bangunan Rukun Tetangga Seberang Jertih dan berjanji akan memberi tanah gantian kepada mana-mana penduduk yang terlibat dengan pengambilan balik tanah dan rumah oleh kerajaan,


“Sampai hari ini, janji itu belum dikotakan dan kami semua terpaksa berpindah dan bayaran pampasan yang diberi pula tidak sepadan dengan nilai tanah dan rumah kami,” ujarnya kepada Buletinonline ketika ditemui di rumahnya, Jumaat lepas.


Menurut Mohd Noor, pampasan yang dibayar terhadap tanahnya serta tiga buah rumah milik anak-anaknya hanyalah RM120,000 sahaja.


“Tanah saya(terletak di)tepi jalan utama, Jertih ke Kuala Besut dan berhampiran masjid hanya dibayar RM120,000,


Ada tanah(yang hampir serupa) dan (sebuah)rumah subsidi kerajaan (yang telah diambil semula) dibayar RM80,000 seorang,” jelasnya.


Beliau dan keluarganya amat tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran tersebut serta terpaksa membuat penilaian semula dan membuat tuntutan di mahkamah.


Manakala seorang lagi mangsa pengambilan tanah, Puan Hajjah Minah Husin, 63, dari Kampung yang sama tidak dapat menahan kesedihan kerana terpaksa berpindah setelah tanah dan rumah diambil balik oleh kerajaan negeri.


Katanya, masalah bayaran yang tidak setimpal itu menyebabkan rasa marah, sedih dan kecewa terhadap Idris dan pemimpin kerajaan Terengganu hari ini.


“Hati kecil mak cik memang tidak setuju dan rasa sangat sedih. Mak cik menangis kerana pilu terhadap layanan pihak berkuasa yang diketuai oleh orang kampong ini sendiri.


“Mereka janji sebelum ambil dahulu hendak beri tempat ganti tetapi hanya ‘cakap politik’ dan janji ‘bohong’ Menteri Besar sahaja,” ujarnya.(Foto: Rumah Mak Cik Minah)


Mak Cik Minah telah membesarkan anak-anaknya seramai tujuh orang dan beberapa orang cucu telah menetap lebih 40 tahun diatas tanah tersebut. Katanya, kerajaan UMNO/BN kini perlu diberi tunjuk ajar oleh rakyat dalam pilihan raya akan datang dengan membuat perubahan sokongan kepada PAS.


Menurutnya, rakyat serta pengundi di Jertih ini mula menyesal kerana memberi undi kepada Idris dalam pilihan raya yang lalu.


Seorang lagi pemilik tanah yang juga jiran Idris (enggan disebut namanya) mengakui mengundi Idris dalam Pilihanraya Umum tahun 2004.


“Dia (Idris) orang sini (kampung) dan kita pakat beri undi sekali kepada dia untuk tengok perubahan ‘kononnya’ boleh membela nasib rakyat,

“Kami semua menyesal dan harapan kami sebagai ‘rakyat bawahan’ hancur berkecai setelah Idris berkuasa,” ujarnya.


Beliau berjanji akan memastikan keluarga serta seluruh rakan taulannya tidak akan mengundi UMNO dan BN dalam Pilihanraya Umum akan datang.


Semakan Buletinonline mendapati seramai 15 pemilik tanah dan rumah, jiran tetangga Idirs, berhampiran dengan Masjid Seberang Jertih, terlibat dengan pengambilan balik tanah untuk pembesaran Masjid tersebut. Pampasan telah dibayar, walaupun mereka tidak berpuas hati dengan jumlah yang mereka terima kerana ada unsur-unsur mereka telah ‘diperdayakan’ oleh pihak berkuasa tempatan.(Foto: Makcik Minah 'sedih' merenung nasibnya)


Dua Tahun Sempena Memperingati Masjid Bujal, Kijal Kemaman

pada kira-kira jam 2.30 petang, 26 Mei 2005 tahun lalu, Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu dengan rakus telah merobohkan masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal, Kijal dengan dibantu jentera jabatan kerajaan dan anggota polis.

Itu adalah kemuncak kezaliman kerajaan BN negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh dalam masa lebih tahun memerintah negeri.

Masjid di RTB itu yang dinamakan dengan Desa Makmur hasil derma orang ramai akhirnya menyembah bumi yang menjadi menjadi mangsa nafsu rakus Umno Terengganu.
Pada sebelah pagi itu, operasi bersepadu beberapa jabatan kerajaan dengan rakus merobohkan 10 buah rumah peserta yang masih dalam pembinaan.

Pokoknya, dulu kita semua bukan main lagi marah, malah pelbagai protes dan bantahan dibuat sehingga ledakan kemarahan rakyat itu diterjemahkan melalui demonstrasi aman di hadapan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 19 Jun 2005 yang disertai sekitar 10,000 orang.

Kini setahun tragedi tersebut berlalu, umat Islam seolah-olah lupa dengan tindakan yang disifatkan lebih ganas daripada Yahudi yang hanya berura-ura untuk merobohkan Masjidil Aqsa.
Malah dalam majlis ceramah, peristiwa yang mencatatkan sejarah Islam perkembangan di negeri ini umumnya di negara kita sudah tidak disebut lagi, kalau adapun hanya segelintir yang menyebut secara umum tanpa menekankan peristiwa kejam perobohan masjid tersebut.

Masjid RTB Bujal dibina di atas lot PT 3294 yang dikhususkan sebagai tapak surau dalam Pelan Susunatur Perumahan Kampung Bujal sebagaimana diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 3 Ogos 2003. Satu lot lagi untuk pembinaan surau ialah di PT 3297.

Pelan susunatur tersebut menyediakan 363 unit kediaman untuk diisi peserta dan ianya jauh melebihi daripada 40 orang yang menjadi syarat untuk mendirikan solat Jumaat.

Para
peserta membina masjid tersebut dengan niat untuk dijadikan masjid untuk beriktikaf dengan adanya mihrab di bahagian hadapan dan kolah tempat mengambil wuduk manakala susunatur jubin lantainya membentuk saf sembahyang.

Selepas peristiwa perobohan masjid tersebut, rombongan demi rombongan dari seluruh negara datang melawat kesan keganasan kerajaan BN Terengganu itu sehingga akhirnya pada 7 Julai tahun lalu, kesan runtuhan itu telah dihapuskan sama sekali.

Kini setahun telah berlalu, adakah umat Islam merasa sensitif dengan tragedi tersebut?

Mengenai RTB Bujal, semasa Kerajaan PAS lalu, hanya 125 daripada 363 lot kediaman telah dibahagikan kepada mereka yang layak setelah membuat permohonan untuk mendapatkan tanah tapak rumah.

Kerajaan PAS membahagikan lot tapak kediaman di kawasan itu kepada mereka yang sudah berkeluarga dan layak tanpa mengira fahaman politik sekaligus menolak tuduhan pemimpin Umno yang mengatakan PAS membahagikan tanah di kawasan itu kepada para penyokong parti itu sahaja.

Sekiranya pemimpin Umno beranggapan sedemikian, maka mereka yang berkuasa boleh mengagihkan lot-lot yang masih kosong kepada penyokong mereka tanpa merobohkan rumah yang telah dibina oleh peserta yang mendapat tanah secara saha di situ daripada Kerajaan PAS sebelum ini berdasarkan pelan cadangan susunatur perumahan, luas keseluruhan RTB Bujal itu adalah 64.4056 hektar di mana 40.4608 hektar adalah untuk petak kediaman.

Selain surau, lot-lot untuk kedai, balai raya, tadika, padang bola, klinik desa, kubur, taman permainan kanak-kanak, tangki air dan pencawang elektrik juga telah disediakan dalam pelan cadangan susunatur yang berasaskan pandangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri itu. - Media Islam

ADUN BN Sahkan Masjid Bujal Adalah Sebuah Masjid


Dato’ Harun Taib (PAS-Manir) menyifatkan usul perobohan bangunan di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Bujal, Kijal yang dibawa wakil Kemasik, Dato’ Mohamad @ Abu Bakar Ali sebagai bercelaru.


Menurutnya, kecelaruan timbul apabila usul yang dibawa itu bagi membincangkan isu perobohan terhadap markas PAS di penempatan RTB Bujal, Kijal.


Apa yang berlaku, katanya perbahasan usul itu oleh pihak wakil kerajaan telah bertukar dari isu perobohan markas PAS kepada perobohan Masjid Bujal.


“Saya ucapkan terima kasih kepada wakil Kemasik yang telah mengemukakan usul ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih di atas ucapan dan penerangan yang diberi oleh wakil Tepoh (Muhammad Ramli Nuh) yang panjang lebar untuk menegakkan benang basah yang dilakukan oleh kerajaan itu.


“Usul ini ada sedikit kecelaruan sebab dari apa yang dibentangkan oleh wakil Kemasik ialah isu perobohan terhadap markas PAS di Kampung Bujal dan selari dengan apa yang dikemukakan oleh wakil Kijal (Dato’ Ahmad Said) semasa menjawab soalan lisan daripada wakil Kemasik, yang mengatakan tidak ada masjid dirobohkan tetapi yang diroboh adalah markas PAS.


“Tiba-tiba dalam perbincangan ini bertukar markas PAS dan timbul pula roboh masjid,” ujarnya ketika membahaskan usul tergempar itu pada sidang Dun, semalam.


Katanya, wakil Tepoh dan Kijal telah menimbulkan persoalan kenapa bangunan itu tidak boleh dinamakan masjid serta tidak layak kerana dibina tidak mengikut peraturan dan syarat-syaratnya.


Menurutnya, bukan sahaja dalam Dewan tetapi dalam ceramah pihak BN di tempat-tempat awam mengatakan bangunan itu tidak layak dipanggil masjid kerana ia dibina tidak mengikut peraturan dan syarat-syaratnya.


“Gambar yang ada pada saya masjid dan ada ‘mehrab’ dan markas PAS tidak ada mehrab. Wakil Tepoh tidak pergi tengok masa dirobohkan sebab itu tidak dapat gambaran yang jelas,” ujarnya.


Katanya, persoalan sama ada telah membuat permohonan bagi membina masjid atau belum, itu perkara kedua kerana masih banyak bangunan yang didirikan sebelum permohonan dibuat oleh pemiliknya.


Sehubungan itu, Muhammad Ramli turut meminta pendirian wakil pembangkang adakah bangunan itu masjid atau markas PAS.


Ustaz Harun yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat sekali lagi menegaskanhawa mengikut penduduk kampung tersebut yang dibina itu adalah masjid tempat beribadat yang mempunyai mehrabnya tersendiri.


Katanya, jika masjid berkenaan tidak ada kebenaran hendaklah diberi kebenaran serta panduan kepada penduduk setempat agar membuat permohonan kepada pihak kerajaan.


“Masa kita (PAS) jadi kerajaan dahulu pun ada orang Umno buat surau tetapi kita tidak bertindak merobohkan bangunan itu seperti di Gelong Gajah. Orang tempat itu mengadakan sembahyang Jumaat dan Masjid Padang Kemunting dekat dengan rumah dia. Rumah orang dia (Umno) buat sembahyang Jumaat.


“Bila kita (kerajaan) tanya kenapa buat sembahyang Jumaat dan macam-macam alasan diberi. Dia kata saya buat (rumah) dulu niat hendak buat masjid walau pun dalam bentuk rumah. Kerajaan pada masa itu yang bertanggungjawab, bersimpati dan memahami keadaan.


OCPD Kemaman Bimbang Kesan Solat Hajat


Pada malam 30 Jun 2005, Ahmad Said, Sabri Chik dan seorang Ustaz Umno, Kamal Saidin dari Kedah berceramah di Padang Astaka Kemaman, menyentuh isu masjid RTB Bujal.


Kerusi ada sekitar 450-500. Yang hadir pun lebihkurang sebanyak itu. Tapi ahli-ahli Umno berbohong mengatakan hadirin lebih dua ribu orang. Kalau nak bohong pun, jangan nampak sangat.


Kebetulan Padang Astaka terletak berdekatan pasar malam. Kalau dicampur dengan pengunjung pasar malam memang ramai jumlahnya. Itu pun tidak dapat menyamai jumlah kehadiran majlis demonstrasi membantah perobohan Masjid RTB Bujal di depan Wisma Darul Iman.


Ahmad Said cabar pemimpin PAS tempatan untuk bersumpah, sama ada masjid Bujal itu sebenarnya sebuah masjid atau bukan masjid.

Insya-Allah pemimpin PAS Kemaman akan menjawab cabarannya nanti dalam majlis ceramah akan datang. "Mung jangang lari pulok Mat Said weh!"


Sabri Chik pula mendakwa masjid yang dirobohkan itu adalah sebuah masjid dhirar. Walhal masjid dhirar itu dibina oleh golongan munafik.


Sabri Chik bertanya kepada hadirin: "Sapa kafir dan munafik, Umno atau PAS?"


Ada hadirin yang menjawab: "Umno!" Terdiam sebentar Sabri Chik.


‘Ustaz’ Kamal berkata pemimpin PAS ada 16 ciri Yahudi. Ciri-ciri Yahudi itu, dakwanya, tidak ada pada pemimpin Umno. Beliau menuduh Amanat Tok Guru Haji Hadi merupakan salah satu contoh ciri-ciri Yahudi, sambil menambah ramai orang
PAS yang fasik dan banyak menipu.


Dalam pada itu, beberapa hari lalu, sebuah helikopter merah putih terbang berlegar di atas tapak masjid Bujal yang dirobohkan itu.


Helikopter terbang agak rendah. Penduduk ternampak beberapa orang di dalamnya. Kemudian naik balik dan pergi. Siapa di dalamnya? Kenapa terbang di angkasa tapak masjid Bujal? Untuk apa dan siapa?


Maklumat lain yang diterima menyebut bahawa OCPD Kemaman menyatakan kepada teman-teman rapatnya, beliau takut juga kalau-kalau terkena kesan solat hajat orang yang dizalimi dalam kes meroboh masjid.


Agaknya OCPD itu terkesan dengan beberapa kes yang berlaku kepada beberapa anggota polis Cawangan Khas (SB) dan anggota polis biasa. Kalau beliau benar-benar takut, janganlah menjadi alat perkakas kepada Umno lagi.

Polis mesti bertindak secara profesional, jangan tunduk kepada kepentingan politik Umno.


Setelah setahun BN roboh Masjid RTB Bujal

Khairul Azlam Mohmad
Sat May 27, 06 2:16:29 pm MYT

ada kira-kira jam 2.30 petang, 26 Mei tahun lalu, Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu dengan rakus telah merobohkan masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal, Kijal dengan dibantu jentera jabatan kerajaan dan anggota polis.


Itu adalah kemuncak kezaliman kerajaan BN negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh dalam masa lebih tahun memerintah negeri.


Masjid di RTB itu yang dinamakan dengan Desa Makmur hasil derma orang ramai akhirnya menyembah bumi yang menjadi menjadi mangsa nafsu rakus Umno Terengganu.


Pada sebelah pagi itu, operasi bersepadu beberapa jabatan kerajaan dengan rakus merobohkan 10 buah rumah peserta yang masih dalam pembinaan.


Pokoknya, dulu kita semua bukan main lagi marah, malah pelbagai protes dan bantahan dibuat sehingga ledakan kemarahan rakyat itu diterjemahkan melalui demonstrasi aman di hadapan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 19 Jun 2005 yang disertai sekitar 10,000 orang.


Kini setahun tragedi tersebut berlalu, umat Islam seolah-olah lupa dengan tindakan yang disifatkan lebih ganas daripada Yahudi yang hanya berura-ura untuk merobohkan Masjidil Aqsa.


Malah dalam majlis ceramah, peristiwa yang mencatatkan sejarah Islam perkembangan di negeri ini umumnya di negara kita sudah tidak disebut lagi, kalau adapun hanya segelintir yang menyebut secara umum tanpa menekankan peristiwa kejam perobohan masjid tersebut.


Masjid RTB Bujal dibina di atas lot PT 3294 yang dikhususkan sebagai tapak surau dalam Pelan Susunatur Perumahan Kampung Bujal sebagaimana diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 3 Ogos 2003. Satu lot lagi untuk pembinaan surau ialah di PT 3297.


Pelan susunatur tersebut menyediakan 363 unit kediaman untuk diisi peserta dan ianya jauh melebihi daripada 40 orang yang menjadi syarat untuk mendirikan solat Jumaat.


Para peserta membina masjid tersebut dengan niat untuk dijadikan masjid untuk beriktikaf dengan adanya mihrab di bahagian hadapan dan kolah tempat mengambil wuduk manakala susunatur jubin lantainya membentuk saf sembahyang.


Selepas peristiwa perobohan masjid tersebut, rombongan demi rombongan dari seluruh negara datang melawat kesan keganasan kerajaan BN Terengganu itu sehingga akhirnya pada 7 Julai tahun lalu, kesan runtuhan itu telah dihapuskan sama sekali.


Kini setahun telah berlalu, adakah umat Islam merasa sensitif dengan tragedi tersebut?


Mengenai RTB Bujal, semasa Kerajaan PAS lalu, hanya 125 daripada 363 lot kediaman telah dibahagikan kepada mereka yang layak setelah membuat permohonan untuk mendapatkan tanah tapak rumah.


Kerajaan PAS membahagikan lot tapak kediaman di kawasan itu kepada mereka yang sudah berkeluarga dan layak tanpa mengira fahaman politik sekaligus menolak tuduhan pemimpin Umno yang mengatakan PAS membahagikan tanah di kawasan itu kepada para penyokong parti itu sahaja.


Sekiranya pemimpin Umno beranggapan sedemikian, maka mereka yang berkuasa boleh mengagihkan lot-lot yang masih kosong kepada penyokong mereka tanpa merobohkan rumah yang telah dibina oleh peserta yang mendapat tanah secara saha di situ daripada Kerajaan PAS sebelum ini berdasarkan pelan cadangan susunatur perumahan, luas keseluruhan RTB Bujal itu adalah 64.4056 hektar di mana 40.4608 hektar adalah untuk petak kediaman.


Selain surau, lot-lot untuk kedai, balai raya, tadika, padang bola, klinik desa, kubur, taman permainan kanak-kanak, tangki air dan pencawang elektrik juga telah disediakan dalam pelan cadangan susunatur yang berasaskan pandangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri itu


Rampas tanah rakyat; Kezaliman berterusan Kerajaan BN Terengganu


Ditulis oleh WanKay

Monday, 26 November 2007

Besut, 25 Nov - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Dato’ Seri Haji Idris Jusoh bertekad meneruskan tindakan zalim, membatal serta merampas semula tanah-tanah rakyat di bawah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di seluruh negeri


Kesemua tanah-tanah RTB yang dianugerahkan kepada rakyat oleh kerajaan PAS Terengganu di negeri ini dirampas semula oleh kerajaan UMNO/BN Terengganu.


Tindakan tersebut dibuat oleh kerajaan negeri kononnya Lesen Menduduki Sementara (LMS) itu telah tamat tempoh.


Walaupun tindakan ‘di luar perikemanusiaan’ itu mengundang kemarahan dan penentangan rakyat secara menyeluruh di negeri ini termasuk mengadakan demontrasi secara aman di depan Wisma Darul Iman, kerajaan UMNO/BN tanpa rasa berdosa terus mengkhianati rakyat.


Beberapa siri ‘pencerobohan’ dan ‘perobohan’ rumah-rumah rakyat termasuk rumah seorang anggota tentera di RTB Pengkalan Merbau, Setiu, sebuah masjid di RTB Bujal, Kemaman, perobohan sebanyak 14 buah rumah rakyat di RTB Belimbing Api, di Jabi Besut, semuanya dilakukan dengan alasan ‘remeh’, rakyat menduduki tanah kerajaan secara ‘haram’.


Episod terbaru yang dialami oleh rakyat berlaku di RTB Padang Landak dan RTB Padang Luas dalam Dun Jerteh, Besut yang wakil rakyatnya adalah Idris Jusoh.


Tinjauan Buletinonline, menemui beberapa orang peserta terbabit yang tidak berupaya mempertahankan rumah serta tanah mereka dari tindakan tidak waras kerajaan negeri.


Seorang peserta RTB, Mohd Asri Ismail, 42, dari Kampung Padang Landak berkata sudah mendirikan tapak serta kerangka rumah dengan kos melebihi RM5000.


Menurutnya, kerajaan telah merobohkan kerangka rumah tersebut bagi kerja-kerja pembangunan lain pada bulan Julai 2007 lalu.


“Saya cukup marah, sedih dan kesal dengan tindakan kerajaan negeri dan kerja meroboh struktur rumah kami dilakukan oleh pihak kontraktor,” ujarnya kepada Buletinonline.


Encik Mustafa Ibrahim, 55, turut melahir rasa kesal dan dukacita dengan tindakan kerajaan bertindak kejam ‘merampas’ kembali tanah-tanah peserta di RTB Padang Landak ini.


Menurut beliau, sisa-sisa perobohan itu dipunggah serta dibuang pada waktu malam bagi mengelak dikesan oleh penduduk di sekitarnya.


“Saya juga kerugian tidak kurang dari RM5000 di atas kos tapak serta struktur rumah yang telah didirikan sebelum dirobohkan,” ujarnya.


Manakala, rakannya Encik Saudin Junus, 42, berkata tindakan undang-undang akan dibuat bagi menuntut kembali hak serta keadilan yang dirampas.


Menurutnya, kerajaan negeri wajar menggantikan tapak lain yang sesuai jika kawasan tersebut mahu digunakan bagi tujuan lain.


“Kami (peserta) bukan berdegil tetapi kami mahu hak dan keadilan. Jika kerajaan mahu ambil balik tanah itu perlulah diganti dengan yang lain kepada rakyat,” jelasnya ketika membawa Buletinonline ke lokasi berkenaan.


Sementara itu, seorang suri rumah, Puan Hasnah Hassan, 33, merayu kerajaan negeri agar bertindak adil, tidak meroboh rumah kediamannya. Katanya, rumah yang didirikan di atas tanah di RTB Padang Landak itu kini sudah diduduki dengan kos perbelanjaan lebih RM30,000.


“Saya rayu supaya kerajaan negeri bersikap waras tidak roboh rumah kami yang telah kami diduduki sejak lebih dua tahun lalu.


“Saya rasa cukup sedihlah kalau kerajaan roboh juga rumah ini yang kami buat sedikit demi sedikit dari hasil titik peluh bekerja dan kami tidak ada tempat lain lagi,” ujarnya dengan nada sedih.


Buletinonline difahamkan, kesemua tapak di RTB Padang Landak itu telah diambil balik oleh kerajaan negeri dan fasa kedua perobohan akan dibuat pada bila-bila masa sahaja.

Video Perobohan Masjid Bujal Versi 1


Video Perobohan Masjid Bujal Versi 2




Ulasan