Orang ramai yang hadir agak terkejut kerana belum pun habis ucapan alu-aluan, Idris yang terkenal dengan sikap tergopoh-gapah itu, telah memanggil kedua-dua pimpinan UMNO itu naik ke pentas, berdiri sebelah kiri dan kanan beliau, hingga ke akhir ucapannya.
“Yang Berhormat, Dato’ Rahman Bakar, Ketua UMNO Bahagian Marang ! Mari Man, mu mari sini, mari atas ni” Ujar Idris memaksa Man Bakar naik ke pentas didepan khalayak 5,000 orang yang hadir.
Kemudian Idris memaksa pula Dr’ Latiff naik ke pentas.
“dan Yang Berhormat Dato’ Dr. Latiff Awang, ADUN Kawasan Bukit (P)Ayong, mari deh, naik atas, se(satu) baju kuning, se(satu) baju merah” kata Idris.
Selama
Antara fitnah yang diungkit oleh Idris adalah pemberian tanah kerajaan PAS lalu hanya kepada orang-orang kaya dan menuduh kerajaan PAS menipu rakyat didalam pemberian tanah.
Tindakan Idris yang sering mengulang-ulang ucapan ‘masihkah kau ingat’ dan meminta hadirin menyahut, menjadi ‘anti-klimaks’ akhirnya menjadikan hadirin bosan dan hanya Idirs sahaj yang menjerit seorang diri diatas pentas.
Sementara itu, JKKK dan Pemimpin UMNO Cawangan didalam DUN Alor Limbat yang terpinggir, telah berkumpul disebuah kedai tidak jauh dari Majlis Jamuan Rakyat berlangsung. Apabila dimaklumkan kepada mereka, perihal Aturcara yang berlangsung di Dataran Bukit Payong, wakil mereka menjawab “ Dok selesai, kohor parok!” “Bukan hok atas tu, hok bawah ni baloh parok lagi”
Ulasan