Rayuan Ikat Jamin Azman & Suwandi 06 Jan 2008

Rayuan Ikat Jamin Suwandi, Azman ditunda kepada 14 Jan, 08 – Tujuh dilepaskan dengan jaminan polis
Ditulis oleh WanKay
Monday, 07 January 2008

Kuala Terengganu, 6 Jan- Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menunda permohonan mangsa tembakan peluru hidup dalam Tragedi Berdarah Batu Burok 8 September lalu, Suwandi Ab Ghani dan Muhamad Azman Aziz untuk mendapatkan jaminan kepada 14 Januari ini. Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan demikian setelah pihak pendakwa yang diketuai sendiri Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pihak pembela, peguam Mohamed Hanipa Maidin serta Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong mengemukakan hujah masing-masing.

Permohonan untuk mendapatkan jaminan itu dibuat setelah Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Hassan Abdul Ghani pada 9 Disember lalu tidak membenarkan Suwandi dan Azman ikat jamin.

Hassan juga mengekalkan keputusan itu pada perbicaraan 30 Disember lalu.

Abdul Gani semasa berhujah mengemukakan bantahan awal terhadap afidavit pemohon yang terdapat beberapa kesilapan yang baginya adalah afidavit cacat dan sangat lemah.

Antara perkara yang dibantah dalam afidavit tersebut berkait dengan tandatangan peguam, ikrar, masa, hubungan kekeluargaan dan penghujahan atau pendapat.

Mohamed Hanipa pula berhujah apa yang dihujahkan oleh Abdul Gani itu tiada apa-apa notis bertulis.

Beliau turut mempersoalkan apa yang dikatakan oleh Abdul Gani terhadap afidavit pemohon sebagai afidavit defektif tetapi dalam masa yang sama menjawab afidavit berkenaan.

Beliau juga berhujah beberapa kesilapan yang berlaku dalam afidavit pihak pendakwa.

Selain beliau dan Wan Abdul Muttalib, turut mewakili Suwandi dan Azman ialah Wan Zainuddin Wan Musa, Haji Othman Mohd Noor, Kamaruzaman Abdul Wahab, Aminuddin Zulkifli, Khairuddin Osman dan Fariz Irwan Mustafa.

Wan Muttalib pula mengakui tentang kesilapan kemanusiaan itu yang menggunakan komputer tetapi tiada ada sebab dari segi undang-undang untuk memberi peluang kepada kedua-dua tertuduh untuk mendapatkan keadilan.

Baginya, kesilapan boleh dibuat pembetulan dan memohon untuk memasukkan afidavit pembetulan kerana pihak Peguam Negara tiada apa-apa halangan untuk membuat pembetulan supaya apabila dibawa ke atas berada di atas landasan yang betul.

Abdul Gani tidak membantah terhadap permohonan itu kerana baginya kedua-dua pihak harus menegakkan dari segi keadilan dan diperbetulkan mengikut undang-undang.

Sehubungan itu, beliau tidak mahu ada pihak yang memenangi kes di mahkamah di atas kesilapan yang tertentu.

Turut mewakil pihak pendakwaan ialah Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.

Sementara itu, tujuh orang pemuda yang ditahan pada sebelah pagi diperkarangan mahkamah Kuala Terengganu telah dibebaskan pada lewat petang semalam. Salah seorang dari mereka, Ustaz Tarmizi Jaafar, ketika dihubungi oleh Buletinonline malam ini memberitahu bahawa, kesemua meraka dilepaskan dengan jaminan polis.

“ AlhamduliLlah kami semua dilepaskan pada waktu hampir maghrib, setelah diambil keterangan oleh Inspektor Amirudin” jelas Ustaz Tarmizi.

“Namun begitu, kami diberikan satu surat untuk kembali melapor kepada Balai polis pada 20 Januari, 2008”

Mereka tidak dikenakan apa-apa pertuduhan, namun begitu kebimbangan berulangnya peristiwa seperti Insiden Batu Buruk 8 September lalu, dimana pertuduhan dibuat kemudian, setelah mereka melaporkan diri di balai polis.


Solat Hajat Kali Kedua di depan Mahkamah
Ditulis oleh SM Noor
Sunday, 06 January 2008

Kuala Terengganu, 6 Jan – 10.20 pagi – Para penyokong Azman dan Suwandi yang berhimpun secara aman pada pagi ini telah menunaikan solat hajat kali kedua sejak minggu lalu.

Tepat jam 10.00 pagi, setelah mendengar capan dari pemimpin pusat dan negeri, Ustaz Adam Said, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut telah mengimamkan solat hajat. Munajat kepada Allah SWT adalah jalan yang terakhir bagi para penyokong Azman dan Suwandi untuk mengadu tentang kezaliman, serta memohon supaya keadilan keadilan ditegakkan.

Hari ini adalah cubaan para peguam untuk membebaskan Azman dan Suwandi dari terus ditahan di penjara. Rayuan ikat jamin Azman dan Suwandi difailkan kemahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Orang ramai semakin membajiri hadapan mahkamah Kuala Terengganu selepas solat hajat dan hujan berhenti. Bantahan diteruskan lagi, sehingga keputusan ditetapkan oleh mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang dijangka tidak lewat dari jam 1.00 Tengahari.

Kepada semua penyokong dan pendokong keadilan, dimana jua berada, marilah kita semua bermunajat kepada Allah SWT. Sekiranya keadilan tidak tertegak lagi, biarlah Allah SWT menentukan arah cara perjuangan ini.
Sementara itu, 7 orang pemuda yang ditahan ketika mengedarkan rislah pada pagi tadi adalah seperti berikut:
1. Ustaz Tarmizi Jaafar
2. Aisamuddin Muhamed
3. Muhammad Ibnu Kasir Mohd Noor
4. Muhammad Zaki Said
5.Muhammad Hilmi Jusoh
6. Hamzah Mohammad

Mereka dipercayai berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Himpunan Aman sokong Azman dan Suwandi di teruskan – 7 ditahan edar risalah
Ditulis oleh SM Noor
Sunday, 06 January 2008

Kuala Terengganu, 6 Jan, 9.00 pagi – Bantahan terhadap ketidakadilan terhadap kes Azman dan Suwandi diteruskan, bahkan hari ini ia turut disertai oleh sekumpulan pemuda dari Jerantut Pahang. Sementara itu, sekitar jam 8.30 pagi, seramai 7 orang pemuda telah ditahan di hadapan kompleks mahkamah Kuala Terengganu ketika mengedarkan risalah ‘ Menyokong Himpunan Aman ‘ yang diadakan pada hari ini. Mereka dipercayai ditahan oleh sekumpulan polis berpakaian awam, dipercayai cawangan khas. Kesemua mereka yang ditahan adalah pemuda dari Kampong Gong Kapas, Kuala Terengganu.

Pada jam 8.45 pagi, sebuah trak polis yang sarat membawa penumpang mamakai baju berwarna 'jingga', dilihat membawa Azman dan Suwandi masuk ke perkarangan mahkamah melalui pintu utama. Isteri Suwandi, telah masuk keprkarangan mahkamah seawall jam 8.15 pagi, namun ayah Azman tidak dibenarkan masuk kerana terlewat sampai dimahkamah.

Pada sekitar jam 9.15 pagi, Himpunan Aman Rakyat membantah ketidakadilan terhadap kes Azman dan Suwandi dimulakan. Beberapa pimpinan PAS Negeri turut hadir termasuk Setiausaha Perhubungan PAS Ngeri, Tuan Haji Yahaya Ali dan Timbalan Pesuruhjaya, Dato’ Ustaz Haji Abu Bakar Chik.

Himpunan tersebut diteruskan wakaupun didalam hujan. Antara pemimpin yang berucap adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Syed Azman, Ketua Dewan Pemuda PAS Besut dan Ketua Dewan Pemuda PAS

Ulasan