Pemimpin PAS raikan Kedatangan Gong Xi Fa Cai Bersama Masyarakat Tionghua


KUALA TERENGGANU – Tembok pemisah yang dibina oleh Umno dan Barisan Nasional antara PAS dan masyarakat Cina di Malaysia telah tumbang.

Ia bermula pada detik pilihanraya ke 10 dimana, ketika itu wanita DAP sudah berani mengambil dan mengibarkan bendera PAS dan begitu juga sebaliknya.

Perkara ini dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Triang Pahang daripada DAP dalam ucapannya di Chukai baru-baru ini.



Dalam Perutusan Tahun Baru Cina tahun lalu, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyebut, masyarakat Tionghua tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di Malaysia.
“dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India, kita telah bersama-sama memberikan harapan baru ke arah lahirnya nanti satu negara Malaysia yang lebih adil dan aman buat semua",ujarnya.

Oleh itu, pimpinan PAS dipelbagai peringkat sedang giat merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti meraikan ketibaan Tahun Baru Cina, nersama masyarakat Cina setempat.

Di Chukai, Kemaman, pihak Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai bersama Kelab Penyokong PAS dari kalangan kaum China telah mengadakan makan malam sempena kedatangan Tahun Baru Cina.

Semalam, 6 Februari, seramai lebih 400 orang penduduk tempatan dari kalangan masyarakat China telah diraikan.

Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat tersebut dihangatkan dengan kehadiran dua pemimpin tertinggi Parti Keadilan Tian Chua dan Cikgu Bard.

Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafah Mat berkata beliau begitu sukacita dengan kehadiran yang ramai, melebihi jangkaan.

”saya minta maaf, kalau ada yang tidak dapat limau, saya beli sebanyak 250 kotak sebab saya jangka hanya 250 orang akan hadir,

”tapi sekarang sudah melebihi 400 orang, terima kasih kerana sudi hadir,”ujar Hanafiah ketika berucap dalam majlis tersebut.

Ulasan