Nasihat ini disampaikan oleh Dato’ Seri dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu sejurus selepas Perdana Menteri mengisytiharkan pembubaran parlimen, tengah hari ini.
“Kita nasihat kepada pengundi-pengundi luar(hantu) jangan ‘mari’ (datang), saya memberi isyarat awal supaya pengundi-pengundi luar(hantu) jangan datang ke Terengganu. Mudah-mudahan mereka faham, bila saya kata jangan datang itu mereka akan faham apa maknanya jangan datang” kata Dato’ Seri.
Nasihat itu dibuat kerana cawangan-cawangan PAS diseluruh negeri Terengganu telah mengenalpasti mereka dan kedatangan mereka adalah tidak diperlukan.
Menurut beliau lagi, PAS memasuki pilihanraya umum(PRU) yang ke 12 pada kali ini adalah untuk menghidupkan demokrasi dan untuk sebuah pilihanraya yang bersih. Dengan itu PAS akan menentang segala bentuk pennyelewengan yang berlaku didalam pilihanraya, termasuk perkara yang berkaitan dengan pengundi hantu.
Suruhanaya Pilihanraya telah mengumumkan bahawa jumlah pengundi yang berdaftar di Terengganu adalah 500,000 orang. Ia adalah satu jumlah yang tidak munasabah, berbanding jumlah keseluruhan rakyat Terengganu.
“Maknanya, kanak-kanak yang berumur 12 tahun juga boleh mengundi” kata beliau.
Walau bagaiman pun Dato’ Seri Presiden PAS menyatakan bahawa PAS mempunyai peluang yang lebih baik pada PRU kali ini. PAS akan memberikan tumpuan kepada negeri Terengganu dan Kedah, selain mempertahankan kemenangan di Kelantan.
Beliau juga mengatakan bahawa Barisan Alternatif(BA) telah bersedia menghadapi pilihan raya ini lebih awal lagi. Keseluruhan perbincangan antara PAS dengan PKR juga telah selesai termasuk dalam masalah calon. Beliau menegaskan PAS meletakkan separuh dari calon-calon PRU akan datang adalah terdiri dari muka baru.
” 50 peratus muka baru, InsyaAllah. Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat telah meluluskan semua nama-nama calon kerana setiap calon PAS mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat untuk dilihat dari segi akhlaknya, moral dia dan maruah dia, dari segi ilmu dia dan pengaruh dia di kalangan rakyat,
“Jika ada apa-apa masalah, majlis syura akan membatalkan calon itu. Kemudia, baru di bawa kepada pimpinan pusat untuk meluluskan.
Alhamdulillah, bagi pihak pusat saya membuat kenyataan bahawa kita telah siap semua senarai calon-calon itu”.
Mengulas persoalan para wartawan berkenaan peluang PAS di Terengganu, berikutan dakwaan Idris Jusoh bahawa UMNO/BN telah mendapat sokongan sebanyak 66%, Dato’ Seri Presiden PAS yakin bahawa majoriti rakyat Terengganu masih bersama dengan PAS. Walaupun pada tahun 2004, UMNO/BN menang, namun kemenangan mereka adalah melalui pilihanraya yang tidak ‘bersih’.
“Dia (UMNO/BN) yakin dengan ‘penipuan’ dan kita (PAS) yakin dengan rakyat. Kita yakin rakyat Terengganu masih bersama dengan kita. Majoriti rakyat Terengganu masih lagi bersama dengan PAS. Tetapi mereka (BN) menang dengan undi penipuan dan bersama-sama dengan amalan demokrasi yang tidak sama rata” jelas Dato’ Seri Tuan Guru.
BA yakin akan mengurangkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional dengan ‘merobohkan’ kerusi-kerusi UMNO kerana sehingga kini UMNO adalah tulang belakang kepada politik BN.
Bila ‘kerusi’ UMNO telah kurang, walau pun PAS tidak menang di seluruh negara, akan berlaku satu perubahan politik yang besar.
‘Laksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh’ – SU Perhubungan PAS Terengganu
Kuala Terengganu, 13 Feb – Rakyat menganggap pengumuman pembubaran parlimen oleh Pak Lah tengah hari ini adalah ‘satu cakap bohong UMNO/BN’ setelah Pak Lah menafikannya lewat semalam, walaupun ramai yang sudah maklum pengumuman pembubaran tersebut akan dibuat pada hari ini.
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Tuan Hj Yahaya Ali berkata memang perangai UMNO/BN sering memutarbelitkan sesuatu perkara, walaupun perkara tersebut sudah sah kebenarannya.
Beliau yang ditemui oleh Buletin Online petang ini menyeru kepada semua para petugas PAS dan BA untuk melaksanakan tugas-tugas pilihanraya dengan bersungguh-sungguh.
“Kita telah menunggu saat ini sejak empat tahun lalu, maka sekarang tiba masanya untuk kita bekerja bersungguh-sungguh,
“Pengundi adalah pelanggan kita, segala daya dan usaha hendaklah ditumpukan kepada mereka. Kita tawarkan mereka untuk sebuah kerajaan yang berkebajikan, yang lebih cakna rakyat, bukan kerajaan yang ‘projek’ sebagaimana UMNO/BN sekarang” kata Hj Yahaya.
Sementara itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mengarahkan seluruh jentera pemuda untuk menyahut ‘gendang’ perang pilihanraya dengan munajat dan kerja-kerja secara mujahadah dan jamaah.
“Yang pertama, seluruh pemuda PAS Negeri Terengganu memulakan kerja pilihanraya dengan menunaikan solat hajat setiap malam di markaz masing-masing untuk memohon keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT,
“Seterusnya dalam masa yang sama, semua pemuda PAS menggerakkan jentera pemuda dengan gerakkerja bersifat masyarakat secara berjamaah”
Bagi negeri Terengganu, PRU ke 12 kali ini dijangka menjadi satu pilihanraya yang ‘sengit’ kerana kedudukan UMNO/BN Terengganu yang goyang disebabkan perpecahan dalaman merebut kedudukan untuk menjadi calon dan kerajaan Terengganu yang melakukan pembaziran dan penyelewengan berbilion ringgit dengan projek-projek yang tidak membawa manfaat kepada rakyat Terengganu.
KUALA LUMPUR
Ini berikutan tidak sampai 24 jam, Abdullah mengumumkan kepada media tiada pembubaran Parlimen, sebaliknya membubarkannya hari ini.
Abdullah juga dikatakan tidak konsisten dalam membuat sesuatu keputusan setelah melihat kenyataan-kenyataannya semalam menafikan berlakunya pembubaran Parlimen hari ini.
Begitupun PAS tetap bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang dijangka akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat, katanya.
Laporan akhbar hari ini Abdullah secara berseloroh menyebut, "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen,".
Abdullah juga menafikan kononnya mesyuarat mingguan Kabinet hari ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan.
Sambil ketawa ketika diajukan soalan sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini, Perdana Menteri berkata, mesyuarat mingguan Kabinet akan tetap diadakan seperti biasa hari ini.
"Apa yang menyebabkan anda berfikir mesyuarat Kabinet itu adalah yang terakhir? Mesyuarat Kabinet ada lagi... ada lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus universiti itu di sini, semalam.
Download Poster PRU
Cukai Pintu
Arak
Barang Naik
Ulasan