Selamat Kembali Ustaz Latif


Besut, 5 Mac – Satu majlis yang istimewa lagi bersejarah telah diadakan di Kampung Gong Kemuntong, Jerteh, dekat sini semalam Majlis ‘Selamat Tinggal UMNO’ adalah majlis yang diadakan sendiri oleh Ustaz Abd Latif Mohamad, bekas Yang Dipertua

PAS Kawasan Besut diperkarangan rumahnya. Majlis yang menyaksikan himpunan lebih 8,000 orang ahli dan penyokong PAS adalah amat istimewa kerana Ustaz Abd Latif Mohamad mengisytiharkan dirinya meninggalkan UMNO walaupun tidak pernah mengisi borang dan menyertai UMNO.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Mustafa Ali menyatakan majlis yang diadakan pada malam ini adalah majlis yang besar ertinya kepada beliau.

“Saya menunggu lebih dari 10 tahun untuk kembali berceramah bersama-sama Ustaz Abd Latiff diatas satu platform semula,

“saya kira 10 tahun dulu adalah kali terakhir saya berceramah dengan beliau,” Kata Dato’ Mustafa.

Ustaz Abd Latiff Mohamad telah ‘renggang’ dengan PAS bermula sekitar tahun 1997. Beliau kemudiannya berceramah diatas pentas UMNO walaupun membuat pengakuan tidak pernah masuk menjadi keahlian UMNO.

Sehubungan dengan itu, Dato’ Mustafa Ali yakin dengan pulangnya Ustaz Latif ke pangkuan PAS akan memberikan peluang yang lebih cerah kepada PAS untuk menawan negeri Terengganu dalam PRU ke 12 kali ini.

Munurut Dato’ Mustafa lagi, perkembangan terbaru tentang kebangkitan rakyat bukan sahaja berlaku di negeri Terengganu, malah dinegeri-negeri pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Sekiranya perkembangan yang baik ini berterusan sehingga hari pengundian pada 8hb Mac akan datang, PAS bukan sahaja akan mengekalkan pemerintahan di Kelantan, menawan semula Terengganu, malah akan dapat menguasai dua pertiga parlimen Malaysia.

Didalam mendedahkan isu semasa yang sedang berlaku dalam kempen PRU 12, Dato’ Musatafa mengatakan bahawa UMNO/BN dalam keadaan yang cukup lemah sekarang.

Menurut Dato’ Mustafa beliau mendapat maklumat satu taklimat telah diadakan kelmarin oleh Idris Jusoh dengan pimpinan dan petugas utama UMNO/BN di Kuala Terengganu.

Didalam taklimat tersebut, kebanyakkan yang hadir meluahkan perasaan bahawa mereka sedang melihat kebangkitan dan kekuatan PAS dan mereka bimbang sekiranya UMNO/BN tidak lagi berupaya untuk mempertahan kerajaan Terengganu.

“Idris Jusoh jawab, jangan bimbang, dia boleh tidur lena kerana dia ada dua projek besar yang boleh mempertahankan kerajaan daripada jatuh,

“Projek besar tersebut adalah kad pengenalan palsu dan pengundi-pengundi luar(hantu), jelas Dato Mustafa Ali.

Justeru, Dato’ Mustafa Ali menyeru seluruh ahli-ahli dan penyokong PAS yang hadir mengambil tindakan perlu bagi memastikan tidak ada penyelewengan yang berlaku dan tidak ada pengundi hantu yang mengundi pada 8hb Mac ini.

Turut hadir di majlis malam ini adalah semua calon-calon PAS bagi DUN-DUN di Parlimen Besut dan Dato’ Hussin Awang, calon PAS bagi Parlimen Besut merangkap Yang Dipertua PAS bagi Kawasan Besut

Ulasan