Dua hujjah Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim terus diguna pakai oleh dua orang Menteri kabinet.
Debat bersejarah antara Anwar dan Menteri Penerangan Dato’ Shabery Cheek telah disaksikan oleh jutaan
rakyat Malaysia, yang telah melihat bagaimana Menteri Penarangan Shabery Cheek ‘berbuih-buih’ mulutnya bercakap untuk mematahkan hujjah-hujjah Anwar.
Malaysiakini, melalui tinjauan yang di buat selama 12 jam, yang dimulakan sebaik sahaja perdebatan Anwar dengan menteri penerangan Datuk Shabery Cheek selesai pada jam 10 malam itu telah mendapat rumusan bahawa pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.
Sejumlah 18,684 pembaca menyertai tinjauan pendapat tersebut, dengan 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan.
Sehari selepas debat Anwar-Shabery berlangsung, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor dan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sei Najib Razak membuat pengumuman berkaitan perlaksanaan cadangan Anwar.
Anwar dalam Debat yang diadakan pada 15hb Julai lalu telah mencadangkan dua perkara yang relevan yang boleh digunakan untuk menurunkan harga minyak, yang pertama adalah berkaitan rezab bekalan elektrik dan yang kedua adalah dividen khas petronas.
Walaupun Shabery dan kerajaan UMNO/ BN yang masih sombong dan bongkak, mengatakan tidak ada apa-apa cadangan yang konkrit dikemukan oleh Anwar, tapi melalui dua berita yang diterbitkan oleh media arus perdana hari ini, jelas, kedua-dua cadangan Anwar telah diguna pakai oleh dua menteri pusat.
Margin Tenaga Elektrik Diturun
Laporan Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Anwar Hussin, Faiza Zainuddin, Norliza Wasilan dan Nor Azma Laila
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menurunkan margin simpanan (reserve margin) bekalan tenaga elektrik negara daripada 41 peratus kepada 25 peratus menjelang 2014 bagi menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1.5 bilion setahun yang ditanggung kerajaan dalam industri tenaga.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata proses untuk menurunkan margin itu memerlukan tempoh masa lama kerana banyak perkara perlu diambil kira seperti komponen bekalan tenaga elektrik, daya harap tenaga dan perkembangan ekonomi negara.
"Dalam usaha menurunkan margin simpanan, kerajaan bercadang menghentikan operasi stesen janakuasa hidroelektrik yang sudah lama beroperasi iaitu melebihi 20 tahun kerana sumbangannya tidak banyak membantu menghasilkan tenaga elektrik.
"Stesen janakuasa lama seperti di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor antara penyumbang kepada peningkatan margin simpanan yang terpaksa ditanggung berikutan kos operasi di stesen janakuasa itu," katanya di pejabat kementeriannya di Parlimen, semalam.
Beliau berkata, usaha menghentikan operasi stesen janakuasa yang lama itu boleh dilakukan kerana bekalan tenaga elektrik negara yang menggunakan stesen janakuasa hidro bukan dalam peratusan yang besar.
"Buat masa ini, gas menjadi sumber paling besar yang menyumbang kepa-da bekalan elektrik negara iaitu 60 peratus, mana-kala arang batu 29 peratus dan elektrik daripa-da tenaga hidro antara lapan hingga 10 peratus saja.
"Bagaimanapun, perancangan bergantung kepada pelan induk yang dirangka kementerian dan dijangka siap pada September ini. Jika kerajaan berjaya menurunkan margin simpanan itu, ia bakal memberikan penjimatan kepada negara yang dianggarkan berjumlah RM1.5 bilion setahun.
Ditanya rundingan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) bagi merundingkan semula perjanjian pembelian tenaga (PPA), Shaziman berkata, kementerian menyerahkan kepada TNB membuat rundingan itu.
"Kita bagi mereka masa buat rundingan dan sekiranya dalam masa dua atau tiga bulan masih tidak berjaya, kita akan minta Suruhanjaya Tenaga memberikan bantuan," katanya.
Mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa negeri itu tidak dibekalkan tenaga elektrik yang cukup, Shaziman berkata, ia tidak benar kerana Pulau Pinang adalah antara negeri yang menerima margin simpanan tinggi iaitu 50 peratus.
"Sebanyak tujuh kabel dari Semenanjung disambung ke negeri itu untuk membekalkan tenaga elektrik mencukupi. Itu jelas Pulau Pinang dapat bekalan cukup," katanya. – Berita Harian Online
Kerajaan Tak Cadang Guna Keuntungan Petronas Untuk Turunkan Harga Minyak
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengumumkan usaha-usaha yang akan dijalankan menggunakan dividen itu.
"Akan ada lebih banyak pengumuman bagi membantu rakyat (dengan dividen khas itu)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran pendidikan dan kerjaya Malaysia 2008 anjuran Pekan Fest, serta logo F500 Powerboat World Championship Series 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Petronas Selasa lepas mengumumkan mencatat prestasi tahun kewangan luar biasa yang membolehkan syarikat minyak negara itu menyumbang RM62.8 bilion kepada perbendaharaan negara, dan dari jumlah itu, RM30 bilion adalah dividen.
Daripada RM30 bilion dividen, RM6 bilion merupakan dividen khas yang akan dibayar tahun ini.
Menyentuh cadangan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga minyak menggunakan keuntungan Petronas, Najib berkata Barisan Nasional sebagai kerajaan bertanggungjawab tidak akan menggunakan semua keuntungan Petronas untuk menurunkan harga minyak sehingga menjejaskan generasi akan datang.
Beliau berkata jika semua keuntungan Petronas digunakan, syarikat itu tidak boleh lagi melabur untuk masa depan.
"Pada masa inipun, 40 peratus daripada pendapatan Petronas dah datang daripada luar negara kerana kita dah melabur lebih awal lagi,
"Jadi, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita tidak boleh lihat (situasi) pada masa kini sahaja tetapi kita mesti menentukan masa depan negara terpelihara," katanya.
Beliau berkata kerajaan akan membuat sebarang keputusan mengikut pertimbangannya dan "kita ada rancangan untuk mengurangkan beban rakyat, tetapi kita mesti merupakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab".
Najib berkata dalam keadaan harga bahan api yang tinggi, "Kita tak boleh mengambil apa-apa langkah yang boleh menjejaskan kepentingan negara pada masa kini dan akan datang".
Mengenai penahanan Anwar oleh pihak polis beliau berkata: "Selagi polis mengikuti prosedur, dan protokol yang perlu diikuti, kita perlu telus".
"Supaya tidak ada salah anggap tentang apa yang polis lakukan, dan kita mesti sentiasa melayan Datuk Seri Anwar dengan tahap kesopanan dan penghormatan yang wajar baginya," kata Najib.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tidak campurtangan tentang bagaimana Anwar ditahan.
"Itu urusan polis. Kita tidak memberikan butir-butir tentang bagaimana melaksanakannya.
Terpulang kepada mereka menggunakan budibicara mereka tentang apa bentuk 'intervention' yang perlu di pihak mereka.
Anda boleh kemukakan soalan itu kepada polis," katanya.
-- BERNAMA
Watch live video from Jiwang TV - Live 1 on Justin.tv
Ulasan