Penangkapan Karadzic dipuji

KARADZIC DITANGKAP SELEPAS 11 TAHUN JADI ORANG BURUAN

BELGRADE: Bekas presiden Serb Bosnia, Radovan Karadzic, yang dikehendaki kerana pembunuhan beramai-ramai atas penduduk Islam dan Croat di Bosnia, berjaya ditangkap selepas 11 tahun menjadi orang buruan.

'Karadzic telah dijejaki dan ditahan,' kata Presiden Serbia, Encik Boris Tadic, dalam satu kenyataan kelmarin.

Sumber pemerintah Serbia berkata, Karadzic, 63 tahun, yang diberi julukan 'Osama bin Laden Eropah' diawasi selama beberapa minggu di Serbia menyusuli maklumat daripada perkhidmatan perisikan asing.

Peguamnya, Encik Svetozar Vujacic, memberitahu pemberita, Karadzic ditahan Jumaat lalu ketika berada dalam sebuah bas antara dua kejiranan di Belgrade.

Dia ditahan selama tiga hari sebelum pengumuman dibuat.

Karadzic kemudian dibawa kepada hakim Mahkamah Jenayah Perang di Belgrade.

Mahkamah mesti mendakwanya sebelum dia diekstradisi ke Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) di The Hague, Belanda.

Penangkapan Karadzic dibuat dua minggu selepas Serbia memilih pemerintah baru pro-Kesatuan Eropah, (EU) diketuai Parti Demokratik pimpinan Encik Tadic.

Penahanan Karadzic merupakan satu syarat utama bagi Serbia diterima menjadi anggota EU.

Karadzic, bersama bekas panglima tentera, Jeneral Ratko Mladic, menjadi buruan ICTY sejak 1995 apabila mereka didakwa dengan pertuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai atas penduduk Islam dan Croat dalam Perang Bosnia 1992-1995.

Penangkapan Karadzic dialu-alukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat dan EU. -- AP, AFP, Reuters.

Pemerintah Serbia dan Kesatuan Eropah memuji penangkapan bekas pemimpin Serbia Bosnia, Radovan Karadzic yang juga tertuduh penjenayah perang, menyebutnya sebagai titik penting hubungan kedua pihak.

Menteri Luar Negeri Serbia, Vuk Jeremic, mengatakan penangkapan Karadzic menunjukkan komitmen Beograd untuk bergabung ke Kesatuan Eropah.

Sementara itu Komisioner Perluasan Kesatuan Eropah, Olli Rehn, mengatakan pihaknya berharap penangkapan ini akan melapangkan jalan bagi hubungan yang lebih hangat antara Serbia dan Kesatuan Eropah.

Namun beberapa anggota Kesatuan Eropa menekankan agar Serbia boleh diakui sebagai calon anggota Kesatuan Eropa, Serbia harus menangkap semua tertuduh penjenayah perang.

Sebelumnya para pejabat Serbia memberikan perincian penangkapan Karadzic.

Karadzic dikatakan bekerja sebagai ahli pengobatan alternatif di ibukota Serbia saat ditangkap.

Penjenayah perang Serbia Bosnia Radovan Karadzic bekerja sebagai ahli perubatan alternatif di ibukota Serbia dan menunjukkan kad identiti palsu ketika ditangkap.

Dia dikatakan bekerja di sebuah klinik swasta dengan "penyamaran yang sangat meyakinkan", dengan berjanggut putih panjang dan memakai nama Dragan Dabic.

Karadzic, 63 tahun, ditangkap pada hari Isnin dekat Beograd setelah lebih menjadi pelarian selama 20 tahun.

Dia didakwa dimahkamah PBB untuk jenayah perang dan ‘penyembelihan’ berkaitan dengan pembunuhan paling ramai umat Islam di Srebrenica pada tahun 1995.

Hakim telah memutuskan, Karadzic harus dipindahkan ke mahkamah jenayah perang, kata pendakwa jenayah perang Serbia Vladimir Vukcevic.

Rasim Ljajic, menteri Serbia yang menangani hubungan dengan mahkamah jenayah perang antarabanga di Den Haag, mengatakan, Karadzic hidup secara meyakinkan sebagai warga non-Serbia, dan menggunakan dokumen palsu.

"Kenyataan bahwa dia terlibat dalam perubatan alternatif, mendapatkan nafkah dari amalan perubatan alternatif, menujukkan bahwa dia bekerja," kata Ljajic dalam sidang media di Beograd.

Dia bekerja di klinik swasta dan tempat tinggal terakhirnya adalah Beograd Baru," ujarnya.

Sejak Tahun 1995, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mencarinya untuk diadili bersama dengan pemimpin Serbia Bosnia lainnya, antara lain Slobodan Milosevic yang meninggal di dalam tahanan dan Ratko Mladic yang masih dalam buruan.

Di Den Haag sejumlah dakwaan sudah menanti, kata jurucakap ICC, Nerma Jelacic.
Menurut Jelacic, dia didakwa terlibat dalam penyembelihan, pembunuhan, pemusnahan, perlakuan kejam, dan penyiksaan.

Dakwaannya mencakup pelbagai jenayah yang dilakukan di Bosnia Herzegovina antara Mac hingga Disember 1992 ketika Republik Serbia Bosnia diisytiharkan dan Radovan Karadzic menjadi presiden.

Karadzic juga didakwa atas kejahatan yang dilakukan antara tahun 1992 sampai November 1995, termasuk penyembelihan di Srebrenica -BBC








Ulasan