SPR Pamer Daftar Suku Ke-2 – Sila Buat Semakan


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sejumlah 27,297 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun kedua yang berlangsung dari April hingga Jun lepas.

Menurut kenyataan SPR pada tempoh itu, sejumlah 6,297 permohonan daripada pemilih berdaftar sedia ada diterima untuk pertukaran alamat pusat mengundi sebagaimana yang dilaporkan Bernama

Senarai baru itu, iaitu rang daftar pemilih tambahan bagi suku tahun kedua 2008, akan dipamerkan mulai Isnin hingga Ahad ini di 854 tempat pameran di seluruh negara.

Sehubungan itu, warganegara Malaysia yang baru memohon sebagai pemilih, serta pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran alamat pusat mengundi, dinasihatkan menyemak rang daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2008 yang dipamerkan itu.

Pemilih yang baru mendaftar, sekiranya mendapati nama mereka tidak tersenarai boleh membuat tuntutan dengan menggunakan borang B, dan perlu diserahkan kepada pengarah pilihan raya negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh rang daftar pemilih itu dipamerkan.

Kenyataan itu turut menyebut pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam rang daftar itu bagi satu-satu bahagian pilihan raya, boleh membuat bantahan dengan mengisi borang C.

SPR juga akan mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih kerana telah meninggal dunia, lucut hak warganegara, bersara daripada angkatan tentera atau polis di mana mereka hilang kelayakan sebagai pemilih pos dan sebagainya.

Bagi pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di sesuatu pusat mengundi yang lebih dekat dengan kediaman masing-masing.

Untuk semakan secara online, Linknya adalah spt berikut:-

P033-Besut

P034-Setiu

P035-Kuala Nerus

P036-Kuala Terengganu

P037 - Marang

P038 - Hulu Terengganu

P039- Dungun

P040-Kemaman

Ulasan