Ahmad Dipanggil BPR

Kuala Terengganu – Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said mengakui beliau telah dipanggil oleh pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam, bagi memberikan keterangan berkaitan Penganjuran Monsoon Cup dan Taman Tamadun Islam (TTI).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berkaitan perkara tersebut semalam.

Menurutnya selain dari Monsoon Cup dan TTI beliau juga membei keterangan tentang perkara-perkara lain yang beliau dapati berlaku penyelewengan dalam perlaksanaan projek-projek pentadbiran yang lalu.

Namun beliau tidak mahu menjawab apabila ditanya apakah perkara-perkara lain tersebut.

Menurut Ahmad, empat pegawai BPR termasuk dari ibu pejabat di Putrajaya telah datang ke pejabatnya di Tingkat 16, Wisma Darul Iman pagi semalam dan mengambil masa kira-kira sejam untuk merekodkan keterangan beliau.

Selain isu Perdana V6 katanya, beliau turut memberi penjelasan berhubung isu-isu berbangkit termasuk dakwaan penyelewengan dalam pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) dan pengurusan Piala Monsun serta Pulau Duyong

Ulasan