Selepas meninggalkan Dewan seketika untuk mengangkat sumpah, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato’ Seri Anwar Ibrahim kembali semasa Dr Mariah Mahmud (PAS - Kota Raja) sedang berucap dan menyertai perbahasan Rang Undang-undang DNA yang sedang berlangsung.
Anwar bangun, selepas Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) mencelah perbahasan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) untuk bertanya sama ada Majlis Peguam masih merupakan badan yang 'mempunyai kredibiliti' untuk memberikan pandangan tidak menyokong rang undang-undang itu.
“Adakah YB bersetuju dengan saya, pihak yang tidak dipercayai adalah kerajaan yang melakukan rasuah?
tanya Anwar mempertahankan pandangan Dr Siti Mariah bahawa pendapat badan peguam itu perlu dirujuk dalam merangka rang undang-undang itu.
"Inilah, kerajaan yang membentangkan rang undang-undang ini Isnin lepas tanpa memberi peluang kepada anggota Parlimen, termasuk rakan-rakan di sebelah sana (BN) untuk mengkajinya, dan membentangkannya dengan tergesa-gesa.
"Rang undang-undang ini dipersetujui oleh orang politik yang rakus tapi dibantah semua pakar, badan bukan kerajaan, bukan sahaja Majlis Peguam tetapi juga badan-badan hak asasi manusia... ternyata kerajaan dan Kabinet hari ini takut benar dengan suara rakyat,"kata Anwar.
Rang undang-undang yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibahaskan sejak Selasa lepas mendapat tentangan daripada anggota Parlimen pembangkang yang mempersoalkan mengapa ia dibentangkan secara tergesa-gesa selain dakwaan bahawa pembentangan rang undang-undang itu mempunyai motif politik dan berhubung kait dengan kes sodomi yang dihadapi Anwar.
Kata-kata Anwar itu menyebabkan beberapa anggota Parlimen lain termasuk Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) turut bangun untuk mencelah, sehingga tercetus perang mulut antara Lim dan Tajuddin berhubung isu itu.
Sebelum itu Anwar yang juga telah dilantik ketua pembangkang, telah meluangkan sedikit masa mendengar beberapa pesanan daripada Speaker, Pandikar Amin.
Pandikar dalam ucapan ringkasnya berkata Anwar akan diberikan segala keistimewaan yang dinikmati oleh seorang ketua pembangkang.
Beberapa orang anggota Parlimen BN mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Anwar termasuk Datuk Eric E. Majimbun (BN – Sepanggar), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz pula sebelum menjawab soalan pertama dan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib.
Bercakap kepada media selepas menghabiskan masa kira-kira 10 minit di Dewan Rakyat, Anwar berkata beliau merasa terharu dapat kembali ke Parlimen selepas 10 tahun.
"Selepas segala yang saya harungi sepanjang tempoh itu, sekarang saya merasa terharu dapat kembali (ke Dewan Rakyat), ia adalah hak saya," katanya.
Anwar memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 15,671 Selasa lepas, memperolehi 31,195 undi, mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, yang memperolehi 15,524 undi. Seorang lagi calon Hanafi Mamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hilang wang pertaruhan selepas memperolehi hanya 92 undi.
Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri, dilucutkan dari jawatan dalam kerajaan pada tahun 1998, oleh Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad.
Anwar telah menghadapi tuduhan sodomi, konspirasi pemimpin UMNO/BN 10 tahun lalu, sebagaimana tuduhan yang dihadapinya kini, namun mahkamah tinggi telah memutuskan Anwar tidak bersalah pada2 September, 2004
Pertemuan Pertama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan Pertemuan Pertama jam 11:00 pagi di Pejabat Ketua Pembangkang di tingkat 14, Bangunan Parlimen hari ini, Khamis 28 Ogos 2008.
Pertemuan tersebut telah dipengerusikan Ketua Pembangkang Baru, Dato' Seri Anwar Ibrahim
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Pas, YB Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh.
Selain itu, pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti turut hadir iaitu YB Azmin Ali dan YB Dr Lee Boon Chye dari PKR; YB Nasharuddin Mat Isa, YB Kamarudin Jaafar dan YB Salahuddin Ayub dari PAS sementara YB Lim Kit Siang, YB Lim Guan Eng dan YB Teresa Kok mewakili DAP.
Dalam pertemuan tersebut Dato' Seri Anwar mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat yang telah bertungkus lumus membantu dalam memastikan Parlimen Permatang Pauh kekal di tangan Pakatan Rakyat.
Kemenangan besar dan bilangan pengundi yang tinggi di Permatang Pauh adalah bukti nyata penolakan rakyat terhadap politik perkauman budaya fitnah dan politik wang.
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat buat kesekian kalinya mengulangi pendirian untuk memperkukuhkan semangat kerjasama di dalam Pakatan Rakyat.
Dalam pertemuan tersebut juga semua pihak bersepakat untuk mengadakan Perhimpunan Pakatan Rakyat Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan di Permatang Pauh pada 31 Ogos 2008 pada pukul 9:00 malam.

Ulasan