100 dibuang kerja Tuntut kerajaan Terengganu bertanggungjawab

Dungun - Kami Mahu Kerja ! Kami Mahu Kerja ! Begitulah jeritan 100 pekerja asal Permint Plywood Sdn Bhd, kilang yang ditubuhkan kerajaan negeri Terengganu 28 tahun lalu.

Mereka telah berkumpul dan bertemu dengan pihak media dihadapan pintu pagar kilang Permint Plywood Sdn Bhd, pada jam 1 tengah di Bandar al-Muktafi BiLlah Shah dekat sini hari ini.


“Masalah sekarang ni masalah nak Raya, kita susah sikitlah, kita ada tanggungjawab, maklumlah nak Raya semua orang tahu dok,

“Kita minta pihak yang bertanggungjawab untuk buka semula lah, YB kita ke, Menteri Besar kita ke ! tengok keadaan kita sini ,”kata Jusoh Abdullah, 47, ‘orang yang sama jadi dengan kilang’ Permint Plywood dan telah berkhidmat dengan kilang papan lapis tersebut selama 24 tahun.

Seorang pekerja wanita, Noriah Aziz, 40, yang ditemui berkata pihak pengurusan kilang memberitahu mereka penutupan kilang tersebut adalah kerana campurtangan politik orang atasan.


“Alasan (tutup) kerana orang atas masuk campur hal politik, gitu lah, dulu tak ada masalah”katanya yang telah berkhidmat 2 tahun dengan Rapid Skill, dan lebih 20 tahun bersama-sama kilang Permint Plywood.


Noriah berharap kerajaan negeri Terengganu mengambil alih dan membuka kilang itu bagi membolehkan mereka bekerja semula.

Beliau juga menyatakan rasa kesal kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan tersebut tidak ambil peduli tentang nasib mereka.

”YB tak mari, lepas pilihanraya tak mari langsung, kami semua pengundi-pengundi dia,” tegas Noriah yang berharap agar Dato’ Din Adam (Adun Bukit Besi) datang menjenguk nasib mereka.

Nada yang sama juga disampaikan kepada pihak media oleh Zaimah Zakaria, 48, yang turut bersama dalam pertemuan itu.


Beliau merasa dikacita kerana penutupan kilang itu akan menyebabkan beliau dan suaminya hilang punca pendapatan kerana kedua mereka bekerja dikilang tersebut bagi menyara dua anak yang masih bersekolah.


Turut bersama adalah Eksekutif Perjawatan, Zaharah Husain, 45, yang telah bekerja di kilang tersebut selama lebih 20 tahun.


“Masalahnya balak, t
ak dapat bekalan, beli dari sumber, dibekalkan anak syarikat GP (Golden Pharos), “supply (bekalan) ada campurtangan politik,” katanya sebagaimana yang dimaklumkan kepada beliau oleh pemilik kilang tersebut.


Menurutnya pihak pengurusan mengatakan bahawa memang terdapat kerugi
an, namun tidak menyatakan berapakah kerugian yang ditanggung pemilik kilang.


Beliau juga berharap ke
rajaan negeri turut camputangan bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh mereka.


Permint Plywood Sdn Bhd pernah ditutup sebelum ini, dimana insiden penutupan kilang tersebut dua tahun yang lalu telah mengakibatkan seramai lebih 400 orang pekerja asal Permint Plywood kehilangan kerja.


Selepas kerajaan menutup kilang itu, premis tersebut telah disewakan kepada seorang pengusaha, Chow Kwee Chai yang memiliki Rapid Skill Sdn Bhd dengan perjanjian sewa selama tiga tahun dan ditambah selama dua tahun (3+2).


Belum pun tamat perjanjian, Rapid Skill telah bertindak menutup kilang tersebut dan membuang 100 pekerja tempatan, ketika permulaan Ramadhan dan bakal menghadapi Hari Raya Eidul Fitri.

Semalam, Menteri Besar Dato’ Ahmad Said mengatakan beliau tidak tahu menahu tentang Rapid Skill dan menafikan ada pihak dari syarikat tersebut datang menemuinya.

Bacaan sebelum ini :

Menteri Besar Tak Tahu Pun Rapid Skill !
Rapid Skill tutup operasi di Permint Plywood, 100 hilang mata pencarian, muka YB tak kelihatan



Kerajaan Terengganu, KETENGAH, Tidak Bertanggungjawab

Dungun - “Ini adalah kali kedua kilang ini ditutup, kali pertama, berlaku pada tahun 2006, hampir 500 orang hilang pekerjaan, kali pertama anak syarikat kerajaan, Permint Plywood sendiri yang tutup, dan kali kedua ini kilang ini disewa oleh Rapid Skill Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta, lebih 100 orang hilang kerja, kebanyakkannya bekas pekerja Permint Plywood,”kata Setiausaha PAS Kawasan Dungun Haji Roslan Ismail, ketika mengulas penutupan kilang Permint Plywood di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), dekat sini.

Menurutnya semasa kerajaan negeri diperintah oleh PAS (1999 – 2004), kilang berkenaan tidak ditutup walaupun pengurusannya mengalami kerugian.


Beliau berkata tindakan yang dianggap ‘merugikan’ itu diambil oleh kerajaan PAS kerana kerajaan bertanggunjawab memastikan lebih 400 keluarga yang bekerja di kilang itu dapat meneruskan kehidupan, kerana mereka hanya bergantung hidup disitu.

Justeru, beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Bukit Besi menyelar kerajaan UMNO/BN yang tidak bertanggunjawab membiarkan kilang tersebut ditutup dan menyebabkan rakyat hilang pendapatan dan mata pencarian.


“Kerajaan negeri tidak prihatin dan tidak bertanggungjawab, dulu mereka sanggup menyusahkan rakyat sendiri dengan menutup kilang,

“sekarang mereka biarkan kilang dibawah kuasa mereka ditutup dalam bulan Ramadhan, pekerja yang diberhentikan, dan bakal menghadapi Hari Raya Aidil Fitri dalam keadaan tak menentu,

“ditambah dengan sikap wakil rakyat yang tidak ambil peduli kehidupan rakyat disini, rakyat susah dibuang kerja, batang hidung pun tak nampak,”katanya yang juga Bekas Pengerusi Permint Plywood, ketika

ditemui Buletin Online dihadapan kilang Permint Plywood, semalam.


Beliau juga kesal dengan sikap dan tindakan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang sepatutnya sebagai sebuah lembaga kerajaan yang profesional, mengambil tindakan pro-aktif menyelesaikan masalah penduduk disitu.


”Ketengah pihak berkuasa mentadbir dan memajukan kawasan ini, sepatutnya boleh menyelesaikan masalah ini yang sudah berlarutan,

“Tidak ada makna Ketengah ditubuhkan, sekiranya gagal memajukan rakyat, setelah 35 tahun ditubuhkan, masih ada penduduk dibandar utamanya sendiri menganggur dan dibuang kerja,” tambah beliau



Ulasan