11 September 2008

Analisis Audit - Kedudukan Kewangan Kerajaan Terengganu Tidak Memuaskan


Analisis Audit dari Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2007 telah menunjukkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah TIDAK MEMUASKAN.

Ia adalah kerana baki Akaun Hasil Yang Disatukan pada akhir tahun 2007 adalah berjumlah DEFISIT RM278.42 juta berbanding lebihan berjumlah RM5.97 juta pada tahun 2006 iaitu menurun sejumlah RM284.39 juta.


Laporan Ketua Audit Negara berkenaan juga menyebut, Kerajaan Negeri telah menggunakan sumber daripada Akaun Amanah Disatukan bagi me
nampung defisit tersebut.


Justeru, Ketua Audit Negara, Tan Seri Dato’ Setia Haji Ambrin Buang dalam laporan tersebut menyarankan agar tindakan wajar perlu diambil dengan mengamalkan perbelanjaan berhemat supaya keadaan ini (defisit) tidak berterusan diamalkan kerana tidak semua wang amanah itu merupakan aset Kerajaan Negeri.

Sehubungan dengan itu, adalah amat mengejutkan, walaupun kerajaan negeri menerima terimaan bukan hasil melalui dana khas sebanyak lebih RM 1 bilion setiap tahun sejak 2005, hutang awam kerajaan negeri meningkat dan kini menghampiri angka RM 1 bilion.


Hutang tersebut telah meningkat sebanyak RM 34.82 juta dari RM 903.05 juta pada tahun 2006 kepada 937.87 juta pada tahun 2007.


Oleh yang demikian, jumlah aset yang ditunjukkan di Penyata Akaun Memorandum yang terdiri daripada Pinjaman Boleh Dituntut, Pelaburan dan Tunggakan Hasil berjumlah RM489.16 juta, TIDAK MAMPU MENAMPUNG tanggungan yang merupakan hutang awam yang berjumlah RM937.87 juta.

Kerajaan negeri juga disaran, bagi mengelakkan perkara tersebut berterusan, ia (Kerajaan Negeri) hendaklah merancang segala perbelanjaannya dan dilakukan secara berhemat tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan sumbangan kepada rakyat.

Hutang Kerajaan Negeri


Hutang Kerajaan Negeri merupakan semua pinjaman yang diambil daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek pembangunan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri.

Pada akhir tahun 2007, baki hutang Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM937.87 juta berbanding RM903.05 juta pada tahun 2006 iaitu meningkat sejumlah RM34.82 juta atau 3.9%.

Peningkatan hutang ini adalah disebabkan pinjaman baru yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM49.14 juta pada tahun 2007 bagi membiayai Projek Bekalan Air.

Tunggakan bayaran balik pinjaman termasuk faedah pada tahun 2007 telah meningkat menjadi RM374.74 juta berbanding RM335.29 juta pada tahun 2006 iaitu meningkat sejumlah RM39.45 juta atau 11.8%. Pada tahun 2007, Kerajaan Negeri telah menjelaskan hutang kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM14.32 juta

Sumber dan Rujukan : Laporan Ketua Audit Negara, Negeri Terengganu Tahun 2007

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...