Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said menyatakan Kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan RM46.594 juta sebagai bantuan kepada golongan yang memerlukan sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
Ahmad berkata, bantuan hari raya tersebut adalah untuk 153,201 penduduk terdiri daripada golongan miskin yang berpendapatan bawah RM1,500, warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal.
Menurutnya, bantuan berupa wang tunai itu adalah dari wang royalti minyak yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan bagi meringankan beban golongan tersebut membuat persiapan bagi menyambut hari kebesaran umat Islam itu.
"Bantuan akan mula diagihkan pada minggu pertama Ramadan ini dan akan diberi secara berperingkat-peringkat," katanya pada 25 Ogos lalu.
Beliau memberitahu, bagi golongan miskin melibatkan 90,490 penerima dan setiap keluarga akan menerima RM300, bagaimanapun jika keluarga berkenaan mempunyai lebih
Namun sebaliknya tinjauan Buletin Online mendapati bukan semua rakyat dapat merasai ‘nikmat’ dana khas ‘duit raya’ yang dinyatakan oleh Ahmad.
Antaranya adalah sebuah keluarga miskin warga emas dari Kampung Bukit Nenas, Encik Nasir Hamzah, dari Kampung Bukit Nenas, dekat sini.
Beliau yang ditemui baru-baru ini mendakwa tidak menerima sebarang bantuan dana khas raya kecuali ketika pemerintahan kerajaan PAS Terengganu sebelum tahun 2004.
Walaupun beliau adalah penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri ini, namun menurutnya bantuan duit raya melalui dana khas telah ‘dipotong’ tanpa sebarang penjelasan.
“Saya tidak pernah bantuan raya dana khas sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah semula Terengganu ini tetapi dahulu ada juga sekali-sekala.
“Bantuan dana khas saya sudah ‘dipotong’ tetapi orang lain yang lebih senang dan berkemampuan terus dapat duit raya atau zakat,” jelasnya.
Beliau yang juga tergolong di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) kerana masalah penglihatan masih menanggung persekolahan dua anak perempuan di peringkat menengah.
“Saya pun sudah lama tidak bekerja kerana masalah mata kabur dan mengharapkan bantuan bulanan pejabat kebajikan masyarakat,” ujarnya.
Walaupun begitu, beliau yakin bahawa rezeki adalah dari Allah SWT namun tangan-tangan manusia yang diberi amanah gagal untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan adil.
Sempena Ramadhan YB Ustaz Wan Hassan lawat HDD
Dungun – Sempena permulaan Ramadhan 1429H, Lajnah Kebajikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN Sura telah menganjurkan program 'Cakna Masyarakat'.
Dalam program tersebut yang diadakan disini hari ini, Permulaan Ramadhan - ADUN Sura YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, telah mengadakan lawatan ke Hospital Daerah Dungun (HDD).
Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Dungun telah meluangkan masa selama satu jam setengah melawat para pesakit dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka.
Dalam program yang bermula jam 5.15 petang, beliau berkesempatan mengunjungi dan bertanya khabar para pesakit yang terlantar di Wad Lelaki, Kanak-Kanak & Wad Hemodialysis.
Dalam masa yang sama, muslimat PAS DUN Sura yang turut menyertai program tersebut telah menziarahi pesakit wanita di wad perempuan dan wad bersalin hospital yang sama.
Tinjauan Buletin Online mendapati rata-rata pesakit yang ditemui melahirkan sukacita dan gembira dengan kunjungan Yang Berhormat wakil rakyat Sura itu.
Menurut salah seorang pesakit yang ditemui (tidak mahu disebutkan namanya) mengatakan beliau memang mengenali Ustaz Wan Hassan yang terkenal dengan sikap mesra rakyat.
YB Ustaz Wan Hassan turut merakamkan terima kasih kepada pihak hospital dan kakitangannya yang memberikan kerjasama baik sepanjang program ‘Cakna Masyarakat’ tersebut dijalankan.
Ulasan