Cikgu Pa yakin tidak berlaku apa-apa pada 16 September

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali yakin tidak mungkin akan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September ini sebagaimana yang digembar gemburkan.

Walaupun begitu, keadaan tersebut telah menimbulkan keadaan ‘panik yang tak tentu pasal’ kepada Barisan Nasional (BN) dan beliau mendakwa pemergian ahli-ahli parlimen BN ada hubungkaitnya dengan ‘gembar gembur 16 September’.


Beliau yang mengadakan sidang akhbar atas kapasiti peribadinya hari ini kerana beliau merasakan bertanggungjawab berdasarkan senario yang berlaku sekarang ini, memberikan penjelasan kepada orang ramai.

Beliau yang mesra dengan panggilan ‘Cikgu Pa’ berpendapat tidak akan berlaku apa-apa pada tarikh 16 September adalah berdasarkan pengalaman dan analisis yang beliau lakukan dan memberikan dua faktor mengapa 16 September tidak berlaku apa-apa perubahan.

Dari segi teknikal, kata beliau, tidak ada persidangan parlimen pada 16 September dan parlimen bercuti sepanjang bulan Ramadhan, bila parlimen bercuti, tidak boleh dibawa undi tidak percaya, sekali pun cukup bilangan.

"Kalau nak ubah kerajaan sedangkan kerajaan yang ada masih ada, tidak boleh dilakukan melainkan bila ada satu undi tidak percaya kepada kerajaan ataupun kepada Perdana Menteri,

Ada dua cara samada Perdana Menteri sendiri meletakkan jawatan, ini tak mungkin kerana beliau kata tidak mahu meletakkan jawatan,

“mestilah ada undi tidak percaya yang boleh dibawa ke parlimen, jadi macamana nak ganti kerajaan kalau parlimen tidak bersidang,”jelas beliau.


Menurutnya melalui pengalaman politik yang lalu, Terengganu, Kelantan dan Sabah pernah mengalami undi tidak percaya (Dewan Undangan Negeri).

Dari segi politiknya, beliau berkata tidak pernah berlaku, ‘lompatan’ dari kerajaan kepada pembangkang, namun, yang pernah berlaku adalah sebaliknya.


”Kalau undi tidak percaya ini mengharapkan ada ahli yang melompat, dalam sepanjang ingatan saya, tak ada orang yang melompat dari parti yang memerintah kepada pembangkang,

“walaupun diperingkat negeri pernah berlaku di Terengganu, kerajaan pusat masih dibawah Perikatan pada waktu itu,”kata beliau yang menyebutkan bahawa kerajaan Terengganu dibawah pemerintahan PAS ketika itu dijatuhkan dengan undi tidak percaya.


Sebab itulah, bila saya menyebut begini, untuk mendapat 30 orang untuk melompat bukan mudah. Tetapi pembangkang sebanyak 82 ini adalah termasuk Dato’ Ibrahim Ali.

”Kalau Ibrahim Ali tidak memilih untuk bersama pembangkang, jadi 111 – 111 (sokongan kepada kerajaan dan pembangkang sama banyak) maka kerajaan tidak jatuh,”tambah beliau.

Beliau berkata mesti dicari jumlah sokongan lebih dari 30 orang, mungkin 40 orang atau lebih.

Ulasan