Kerana Exco Nak Guna Mercedes, Pemilik Bengkel DiSeret Ke Mahkamah

Kerajaan UMNO/BN Terengganu dibawah pimpinan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said Julai lepas telah memutuskan membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor dengan kos RM3.43 juta.

Kereta tersebut dibeli semata-mata untuk digunakan oleh exco dan pegawai kanan kerajaan negeri bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang dibeli semasa zaman bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.
(Gambar - Exco masih menggunapaki Mercedes walaupun kabinet memutuskan Terengganu mesti guna Proton)

Ternyata keputusan tersebut disambut negatif oleh seluruh rakyat, bukan sahaja di Terengganu, malah seluruh
Malaysia terkejut dengan keputusan tersebut.

Justeru kerana terus mahu menggunakan Mercedes baru, beberapa justifikasi telah dibuat oleh kerajaan negeri antaranya mendedahkan kos penyenggaraan yang tinggi yang telah ditanggung oleh kerajaan negeri kerana menggunakan Perdana V6 Excutive pada sesi lalu.


Dakwaan Menteri Besar dan juga Setiausaha kerajaan negeri berkenaan kualiti Proton Perdana dan kos penyenggaraan tersebut telah dibidas. Penafian datang antaranya dari Kelab Pemilik Proton Perdana V6, V-Sixers.

Pengerusinya Alex Yu menegaskan kelab tersebut telah melakukan kaji selidik dan mendapati sekitar 70% ahli kami tidak ada masalah dengan kotak ‘gear’ walaupun mereka telah miliki kereta antara 5 hingga 7 tahun.


Walaupun bantahan dibuat oleh pelbagai pihak dan cabinet memutuskan kerajaan Terengganu tetap tidak boleh menggunakan Mercedes, Ahmad Said telah menolak saranan Perdana Menteri supaya Mercedes tersebut hanya digunakan untuk tetamu VVIP.

Akhirnya, dua pemilik bengkel akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini (14/9) berhubung kes penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu yang mencecah jumlah RM1.07 juta.

Bernama melaporkan Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri Sharuddin Sapian berkata kedua-dua mereka dijangka dibawa ke mahkamah untuk didakwa kira-kira pukul 9 pagi melibatkan lima pertuduhan.

"Seorang daripada pemilik bengkel itu akan menghadapi empat pertuduhan berhubung kes berkenaan," katanya.
Namun apakah tuduhan yang akan dihadapi oleh pemilik bengkel tersebut tidak dinyatakan.

Pendedahan mengenai kos penyenggaraan kereta Proton bukan sahaja membongkar ‘keborosan’ kerajaan negeri menggunakan wang rakyat, malah ia turut
mengheret Idris Jusoh serta projek-projek mewah yang dilaksanakan semasa beliau menjadi Menteri Besar.

Antaranya, Ahmad Said berkata kepada pemberita supaya pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak meilih-milih dalam membuat penyiasatan dan meminta badan tersebut menyiasat penganjuran Piala Monsun dan juga pembinaan Taman Tamadun Islam.

Oleh kerana Exco dan pegawai kanan negeri Terengganu tetap mahu menggunakan Mercedes, pendapat seluruh rakyat ditolak, dan dua pemilik bengkel menjadi mangsa

Siapa Pemilik Bengkel Yang DiDakwa ?

Dua pemilik bengkel akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini (14/9) berhubung kes penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu yang mencecah jumlah RM1.07 juta.

Bernama melaporkan Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri Sharuddin Sapian berkata kedua-dua mereka dijangka dibawa ke mahkamah untuk didakwa kira-kira pukul 9 pagi melibatkan lima pertuduhan.

Namun siapakah pemilik bengkel yang akan didakwa tidak didedahkan oleh pihak BPR walaupun dalam penyiasatan BPR Julai lalu, badan tersebut telah menahan tiga pemilik bengkel kereta bagi membantu siasatan kes.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull memberitahu akhbar Utusan pada 28 Julai, seorang daripada pemilik bengkel telah ditahan pada Jumaat (25 Julai) manakala dua orang lagi ditahan pada petang Sabtu (26 Julai).

Sebelum itu, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datuk Mokhtar Nong telah mendedahkan empat pusat servis utama yang digunakan oleh ahli-ahli Exco dan pegawai kanan negeri iaitu Pusat Servis EON, Tenaga Setia Service Sdn. Bhd., Pusat Servis Ranaco dan AMBL Services.

Menurut Shukri berkata salah seorang pemilik bengkel yang ditahan itu mengenakan caj RM175,229.97 bagi menyenggara sebuah kereta Perdana V6 yang digunakan oleh seorang Exco Terengganu.

Memetik komen pemain industri otomobil berkaitan krisis kereta Proton Vs Mercedes kerajaan Terengganu;


“Sesuatu yang benar-benar salah telah berlaku. Jumlah senggara kereta proton perdana V6 kerajaan Terengganu adalah melebihi harga kereta tersebut.

Jumlah tersebut adalah munasabah sekiranya pemilik membina semula kereta tersebut, menukar enjin dan kotak gear serta keseluruhan ‘body’ kereta tersebut.

Sebaliknya ia adalah kos yang mustahil, kecuali Terengganu mengggunakan kereta-kereta itu untuk menarik kayu balak atau kapal minyak untuk menyeludup bahanapi ke Thailand


(Something is seriously wrong. The figures are more than the cost of the car. The only way is if you’re completely rebuilding the car – changing the engine and gearbox and most of the body panels. Otherwise it’s impossible unless Terengganu has been using the cars to haul timber or as oil tankers to smuggle fuel into Thailand)


Pastinya seseorang kamu perlu tandatangan sebutharga sebelum menerima kerja penyenggaraan. Adakah mereka menandatangani sebutharga itu dengan menutup mata ?

Tidakkah petugas kewangan atau akaun memberikan amaran?

RM3,500 setiap bulan untuk senggaraan?

Kereta itu mungkin jatuh sekeping-sekeping pada setiap hari ?


(Surely you have to sign the quotation before accepting service work. Are they signing with their eyes closed? Doesn’t the finance/accounts guy raise a red flag? RM3,500 per month for service? This car must be falling to pieces on a daily basis.)

Paultan.Org

Ulasan