Krisis UMNO Terengganu Kronik - Tengku Putera Pecat Setiausaha, dua AJK Hulu Terengganu

Krisis UMNO Terengganu sebenarnya tidak sama dengan apa yang dibayangkan dan diberitahu oleh kepimpinan UMNO Terengganu, yang sentiasa menyatakan UMNO Terengganu tiada masalah dan menafikan parti itu menghadapi krisis yang amat kronik.

Hari ini, dua ahli jawatankuasa Umno Bahagian Hulu Terengganu, Mohd Pauzi Yusof dan Jalaluddin Ismail mendakwa mereka dipecat oleh ketua bahagian itu Dato’ Tengku Putera Tengku Awang tanpa alasan kukuh.

Agensi Bernama melaporkan selain Mohd Fauzi dan Jaluluddin, Setiausaha UMNO bahagian itu, Baharudin Bilaldiah, turut dipercayai dipecat daripada jawatannya.

Mereka yang dipecat itu berkata, mereka menerima surat pemecatan bertarikh 4 September beberapa hari lepas yang ditandatangani oleh Tengku Putera.

Mohd Pauzi, yang memegang jawatan tersebut sejak 2000, berkata walaupun beliau dan Jalaluddin telah dilantik untuk menyandang jawatan tersebut dan ketua bahagian berkuasa untuk mengambil tindakan itu tetapi alasan pemecatan masih perlu diberikan.

Beliau mendakwa pemecatan itu berkemungkinan disebabkan oleh tindakan mereka mencadangkan calon lain untuk bertanding sebagai Ketua Bahagian dalam mesyuarat UMNO cawangan baru-baru ini.

Katanya tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan dalam keadaan politik pada masa kini kerana ia boleh memecah perpaduan ahli parti.

Selain Mohd Fauzi dan Jaluluddin, setiausaha UMNO bahagian itu, Baharudin Bilaldiah, turut dipercayai dipecat daripada jawatannya itu.

Bacaan Berkaitan :

UMNO Terengganu Dihantui Kegilaan Rasuah Politik
Jawatan adalah kuasa dan kekayaan’ – Gaduh, pukul, rasuah budaya dalam mesyuarat UMNO
Kejutan Mesyuarat – ‘Gilanya’ Ahli-ahli UMNO Merebut Kuasa
Pelbagai ‘Berita Pelik’ Dalam Perlumbaan Merebut Kuasa UMNO Terengganu.


“Lebih baik Abu Bakar diam” – SU AMK, Saado

Kuala Terengganu - Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu, Saado Mohd Nor (Gambar) berkata seluruh pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dan terkilan dengan kenyataan bekas Ketua Penerangan PKR, Abu Bakar Abd Ghani.

Beliau yang ditemui Buletin Online semalam menyifatkan kenyataan Abu Bakar adalah suatu ‘perang peribadi’ yang sengaja digembar-gemburkan bagi menggugat hubungan silaturRahim siyasi antara PKR dan PAS Terengganu yang terus kukuh sehingga hari ini.

“PKR dan PAS Terengganu hingga ke hari ini terus di bawah payung Barisan Alternatif (BA), masih bekerjasama dalam usaha menentang kezaliman kerajaan BN Terengganu,
“kita masih menjalankan aktiviti bersama misalnya diluar dari kempen pilihanraya, kita menjalankan aktiviti ceramah bersama, sebagaimana ceramah ADUN Batu Buruk dan Saifudin Nasution di Batu Buruk baru-baru ini,”jelas Saado

Beliau berkata Abu Bakar sebenarnya terlalu kecewa kerana hasratnya untuk bertanding sebagai calon PKR di Seberang Takir pada Pilihanraya Umum (PRU) lalu tidak mendapat restu pimpinan peringkat pusat.

“Beliau (Abu Bakar) pernah menangis kerana terlalu kecewa dalam satu mesyuarat perisytiharan calon yang telah dipilih, beberapa hari sebelum penamaan calon PRU lalu,”tambah Saado

Justeru kerana kecewa, menurut Saado, Abu Bakar telah keluar dari PKR dan menyertai UMNO pada 6 Mac lalu, lebih kurang jam 5 petang di kediaman Dato’ Ibrahim Fikri, Seberang Takir.

Oleh yang demikian, Saado menasihatkan Abu Bakar supaya tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan hubungan antara PAS dan PKR Terengganu kerana semakin banyak kenyataan yang dibuat oleh Abu Bakar, semakin mendedahkan siapa dirinya yang sebenar.

Ulasan