13 September 2008

PAS Tentang Tindakan Kerajaan Menggunakan ISA

Tindakan kerajaan menahan penulis blog Raja Petra Kamarudin menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibantah oleh pelbagai pihak.

Di Kuala Terengganu, Naib Presiden PAS, Muhammad Sabu menentang tindakan kerajaan menggunakan ISA terhadap mana-mana pihak termasuk keatas Raja Petra atau pun Datuk Ahmad Ismail.


“Prinsip kita ialah menentang penyalahguanaan ISA, saya sendiri tidak baca lagi secara detail artikel yang ditulis oleh Raja Petra, tetapi kalau dia didapati ada unsur-unsur menghina Islam boleh didakwa dimana-mana mahkamah syariah, khasnya mahkamah Wilayah Persekutuan,

“menahan beliau dibawah ISA itu satu perkara yang saya tidak setuju, prinsip PAS tidak setuju seseorang yang ditahan tanpa bicara,” kata beliau selepas majlis berbuka puasa di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu lewat petang semalam (12 Sept).


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas berkaitan penahan Raja Petra Kamarudin pada jam 1.10 petang semalam.

Beliau turut menentang sekirannya akta yang sama digunakan terhadap Bekas Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail walaupun Ahmad telah mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum.

”Tidak setuju, Ahmad Ismail boleh didakwa dibawah akta hasutan, kalau kita tidak setuju ISA kepada kita, begitu juga kepada musuh kita,

“saya tidak mahu mengulas panjang, kalau ada bukti dia menghasut, dia boleh didakwa dibawah akta hasutan, akta hasutan terlalu luas untuk digunakan,”tegas Mohamad Sabu yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.


Beliau juga berpendapat tindakan penggantungan ahli yang dikenakan oleh Ahmad itu adalah tindakan UMNO kepada ahlinya, tetapi bagi kesalahan yang dilakukan kepada rakyat Malaysia, Ahmad patut didakwa dibawah akta hasutan.


Menurut Mohamad, telah dua kali peristiwa berdarah berlaku di Malaysia pada tahun 1967 dan tahun 1969 dan kedua-dua peristiwa itu bermula di Pulau Pinang.


Justeru menurut beliau, memang mudah berlaku perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti kaum di Pulau Pinang kerana keadaan orang Melayu terutamanya di sebelah pulau berada dalam keadaan minoriti, sebarang api perkauman memang mudah ditiupkan.


Namun beliau curiga kepada isu yang berlaku kebelakangan ini, kerana kebiasaannya UMNO/BN akan menggunakan isu perkauman apabila ia tersepit.


“Kita ada kebimbangan bahawa perkauman ini sengaja ditumbulkan selalunya apabila UMNO dalam keadaan lemah,

“untuk menyelamatkan UMNO kembali tidak ada isu lain melainkan isu perkauman seperti yang berlaku (ketika) penolakan orang terhadap UMNO/Perikatan pada tahun 1969 (dimana) memulihkan kedudukan UMNO itu ialah dengan isu perkauman,”ujarnya.


Beliau bimbang siaran itu akan berulang sekarang dan isu perkauman ini akan ditaja di besar-besarkan untuk dilihat bahawa, mahu tidak mahu (rakyat dipaksa menerima) UMNO dan BN adalah penyelemat di Malaysia.


Dua Penggiat Media Di Tahan Dengan Akta Zalim ISA Dalam Masa Sehari


Kerajaan sekali lagi menggunakan akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menahan dua individu penggiat media dalam masa sehari semalam.

Sekitar jam 1.10 tengahari, Penulis blog, Raja Petra Kamarudin ditahan dibawah Seksyen 731 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dirumahnya.

Menteri kerajaan UMNO/BN yang bertanggungjawab, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengesahkan penahanan itu dan berkata, penahanan Raja Petra kerana beliau mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Manakala seorangan wartawan akhbar berbahasa China Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam di Pulau Pinang pukul 8.40 malam ini.

Menurut ahli keluarganya, beliau kemudian dibawa ke Balai Polis Bandar Perda di Seberang Jaya.

Penahanannya itu dipercayai mempunyai kaitan dengan laporan beliau dalam akhbar berkenaan berhubung kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini yang mendakwa orang Cina adalah pendatang di Malaysia.


Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...