08 September 2008

Rakyat Susah, BNBBC Makan Angin.

>

Dungun – Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sura Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menyifatkan keputusan kerajaan membawa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ‘makan angin’ ke luar negeri sebagai sesuatu tindakan yang tidak kena pada masanya.

Sinar Harian memetik beliau berkata, dalam keadaan rakyat susah menanggung keperitan hidup akibat kenaikan harga barangan keperluan berpunca daripada kenaikan harga bahan api, kerajaan BN sepatutnya menunjukkan teladan yang baik dengan tidak menganjurkan lawatan ke luar negeri yang pastinya menelan belanja yang besar.

“Jika ia bertujuan mempelajari teknologi seperti mana yang dinyatakan oleh pemimpin mereka, mengapa kerajaan tidak menghantar pegawai dari jabatan berkenaan yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan dasar kerajaan? Kenapa pula orang politik yang harus pergi? Kenapa keperluan itu harus dibuat dalam keadaan tergesa-gesa?


“Mungkin ini satu helah atau kebimbangan mereka untuk menghadapi tarikh 16 September, soal kebenaran peristiwa pada tarikh terbabit adalah perkara kedua, tapi di sini sudah nampak secara jelas tindakan mereka seolah-olah takut pada bayang-bayang sendiri,” kata Wan Hassan yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun.

Beliau juga turut mempersoalkan objektif lawatan berkenaan sebab kandungan lawatan itu juga masih kabur.

Cuba bayangkan, saya telah difahamkan lawatan rasmi atas urusan negara itu masih belum mempunyai destinasi dan acara lawatannya, pada hal menurut kenyataan pemimpin BN, lawatan berkenaan sudah lama diatur pihaknya, adakah alasan yang diberikan itu logik diterima akal?,” soal Wan Hassan.


Yang ‘Lompat’ Kerana Wang dan Kuasa Tidak Diterima

Kuala Terengganu - Parti Tindakan Demokratik (DAP) menegaskan tidak akan menerima ‘lompat’ mana-mana Ahli Parlimen BN ke dalam pakatan pembangkang sekiranya kemasukan mereka itu adalah semata-mata disebabkan faktor wang dan kuasa.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, parti itu hanya akan menerima kemasukan wakil-wakil rakyat BN ke dalam Pakatan Rakyat sekiranya mereka berbuat demikian atas prinsip mahu membawa perubahan demi membela nasib rakyat.

Beliau berkata sekiranya wakil rakyat BN keluar daripada parti itu semata-mata disebabkan mahu mendapatkan keuntungan kebendaan, ia merupakan satu tindakan yang tidak beretika.

"Sama ada pembentukan kerajaan baru berlaku atau tidak dalam masa sembilan hari lagi, ia bergantung kepada banyak perkara, perlu tunggu dan lihat.
"Tetapi jika mereka (wakil rakyat BN) mahu keluar parti untuk mendapat keuntungan kebendaan, ia tidak beretika dan bukan prinsip yang baik. Kami tidak akan menerimanya," kata beliau kepada dalam sedang media selepas merasmikan penubuhan dua cawangan DAP disebuah hotel dekat sini semalam.

Dalam majlis tersebut, Lim telah menerima senarai jawatankuasa penaja bagi cawangan Sungai Tong, Setiu dan Kampung Cina, Kuala Terengganu dengan keahlian seramai 60 orang ahli.

Parti itu pernah mempunyai cawangannya di Terengganu dan aktif sekitar tahun 1990-an, namun cawangan tersebut telah berkubur pada tahun 2002 ekoran pemecatan beberapa tenaga penggeraknya yang menentang keputusan DAP Pusat.

Antara yang dipecat adalah Encik Ng Chai Hing, yang berkhidmat sebagai Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu ketika PAS memerintah antara 1999 hingga 2004.

Ng Chai Hing telah memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah dipecat dan menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, kini kembali ke pangkuan DAP.

Apabila ditanya mengapakah beliau meninggalkan PKR, Ng berkata beliau lebih senang untuk aktif dalam politik bersama DAP.

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...