Dana Khas Duit Raya – Kezaliman JKKK Tiada Perikemanusiaan

Dungun - Perbuatan zalim yang melampau Jawatankuasa Keselamatan dan Kemjuan Kampung (JKKK) Terengganu menafikan bantuan dana khas duit raya sudah sampai ke kemuncak dan tiada berperikemanusiaan. Lihat apa yang mereka dilakukan !

Walaupun memenuhi kriteria dan layak untuk menerima dana khas hari raya, namun Ismail Man, (Pak Awang) 73, dari Kampung Sungai Buaya dinafikan haknya dan tidak disenaraikan oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkenaan.
Pak Awang bukan sahaja buta, Orang Kurang Upaya (OKU) malah seorang warga emas yang faqir lagi miskin, namun mata anggotalah JKKK yang sebenarnya telah ‘buta’ memandang dunia !

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Awang dikunjungi Buletinonline baru-baru ini berkata beliau buta sejak kecil dan tidak boleh melakukan apa-apa kerja buat.

Menurutnya sebelum ini beliau pernah menerima bantuan, namun bantuan yang pernah diterima sebelum ini dinafikan haknya pada tahun ini.

Pak Awang yang tinggal menumpang di atas orang hanya memelihara ayam untuk menampung perbelanjaan harian selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan.

“Kalau Pak Awang ada kerja sendiri, (saya) tak mahu duit bantuan,” ujarnya.
Begitupun, hasil jualan ayam dalam tempoh sekitar enam hingga lapan bulan tidak dapat menampung perbelanjaan kerana harga makanan ayam semakin mahal.

Baginya yang memegang prinsip jika Allah telah menentukan rezeki tidak lari ke mana dengan usahanya itu berkata: “Saya buat kerja cukup makan, sudahlah”.

Selain Pak Awang, Ibu tunggal, Jarah Mohamad, 70, dari Kampung Alur Tembesu turut mengjadi mangsa JKKK yang zalim.

Beliau melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan sikap JKKK yang tidak menyenaraikannya sebagai penerima dana khas raya tahun ini.

Beliau yang tinggal seorang diri di rumah yang dibaiki melalui bantuan JKM berkata, selama ini namanya tidak pernah tercicir sebagaimana yang berlaku kepada para penerima lain yang juga tidak disenaraikan tahun ini.

“Bila saya tanya pihak JKKK kenapa saya tidak dapat (dana khas) tahun ini, dia tak jawab apa-apa,” ujarnya yang kini tidak dapat membuat kuih jualan kerana masalah kesihatan.

Jirannya, Puan Maimunah Sulaiman juga menyuarakan masalah yang sama apabila nama suaminya turut tidak disenaraikan pada tahun ini.

Katanya, jika suaminya yang bekerja buruh dengan pendapatan kira-kira RM500 sebulan mendapat dana khas itu dapat meringankan beban untuk menyambut hari raya nanti.

“Masa tanya JKKK (sebab tak dapat), dia kata sebab hantar salinan IC lambat, tapi masa hantar salinan tu tak kata lewatpun. Tapi ada orang yang hantar lewat daripada saya dapat juga wang ehsan,” ujarnya yang mempunyai tiga orang anak masih belajar di sekolah menengah.

Kerajaan negeri memperuntukkan RM46.594 juta dari Dana Khas hasil duit royalty minyak sebagai bantuan hari raya tahun ini kepada penerima diri kalangan orang miskin, warga emas, OKU dan ibu tunggal yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan, mula diagihkan sejak dua minggu lalu.

Perbuatan zalim JKKK sampai kepengetahuan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said, walaupun beliau mengalu-alukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat penyelewengan yang berlaku dalam pengagihan ‘duit raya tersebut’ namun pada waktu yang lain, beliau merestui perbuatan JKKK itu.

Bacaan Berkaitan :

Dana Khas/Wang Ehsan - Bukan kah BPR Pernah Siasat?
Bantuan Dana Raya – Pengetua Turut Beri Nasihat
Duit Raya - Lagi OKU dan Warga Emas Dianiaya JKKK
Angkara JKKK, OKU dinafikan duit raya?
Duit Raya RM47 juta Hanya Untuk Kerabat JKKK


Atlit OKU juga dinafi dana khas raya !



Abd Rahman Razali, 37, dari Kampung Undang, berharap Dana Khas Hari Raya yang pernah dinikmati selama ini dapat diberikan semula kepadanya.

Ini kerana pada tahun ini beliau tidak lagi menerimanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkenaan termasuk Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dapat berbuat sesuatu agar bantuan dana khas yang diterima sejak 2000 diperolehi semula pada tahun ini.

Abd Rahman yang bekerja sendiri dengan membaiki televisyen kerap kali mengharumkan nama negeri melalui kemenangan dalam acara renang pada Sukan Paralimpik peringkat kebangsaan sejak beberapa tahun lalu.

Beliau yang tinggal di rumah ibunya ketika ditemui Selasa lalu, melahirkan rasa kesal dan kecewa apabila namanya tidak disenaraikan untuk menerima dana khas raya pada tahun ini.

Meskipun begitu, beliau sama sekali tidak mahu dikaitkan pemberian dana khas itu dengan pengorbanannya dalam acara sukan termasuk mengharumkan nama negara dalam acara lawan pedang.

Terbaru, beliau memenangi pingat emas, perak dan gangsa pada Asean Para Games di Nakhon Ratchasima, Thailand yang berlangsung pada 20 hingga 26 Januari lalu.

Begitupun, beliau sedikit terkilan kerana tidak dapat beraksi dalam acara lawan pedang pada Sukan Paralimpik yang berlangsung di Beijing, China kerana kedudukannya agak jatuh sedikit.

Abd Rahman juga pernah mewakili negara pada The International Stoke Mandeville Wheel Chair Sports Federation and VSOD di New Zealand pada 2003 selain kejohanan yang diadakan di Korea Selatan, Hong Kong dan lain-lain.

“Saya pernah membaca kenyataan menteri besar yang disiarkan dalam akhbar yang menyatakan kerajaan negeri mengambil berat terhadap OKU,” ujarnya sambil menunjukkan bersepah-sepah pingat yang dimenangi semasa mewakili pasukan negeri dan negara.

Bahkan Ahmad Said ketika berucap pada Majlis Pertemuan Dengan Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri di Institut Tadbiran Awam Negara, Kemaman pada 27 April lalu, memohon kerjasama dari pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam proses penyerahan bantuan untuk memastikan hanya mereka yang layak sahaja dapat menerima bantuan.

Sebelum ini pernah menyiarkan rungutan orang ramai supaya menteri besar itu memantau tindakan pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung menjalankan tanggungjawab dengan lebih amanah dan telus berhubung pembahagian Dana Khas Hari Raya pada tahun ini.

Ini kerana bukan sahaja sebahagian besar penerima dana itu terdiri daripada penyokong Umno bahkan pendapatan mereka lebih tinggi daripada yang ditetapkan sementara penyokong pembangkang dinafikan hak mereka walaupun layak.

Ini berikutan pengumuman Ahmad bahawa rakyat yang berpendapatan RM1,500 ke bawah sebulan layak menerima dana iutu pada tahun ini.

Katanya, ini berikutan kerajaan negeri menetapkan syarat baru untuk penerima dana itu dengan menaikkan jumlah pendapatan mereka yang layak berbanding RM1,200 sebulan sebelum ini.

Beliau berkata syarat baru kelayakan itu dibuat berdasarkan keadaan semasa kerana rakyat kini menghadapi bebanan hidup berikutan kenaikan harga barangan keperluan.

Ulasan