Himpunan Pemuda Islam Negeri Terengganu (HIMPIT) 2008




DEWAN PEMUDA PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

NEGERI TERENGGANU

33 Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu

Tel: 09-6203314, 09-6203313 Faks: 09-6203311


Kepada : Semua Editor/ Pihak Media

Tarikh : 27 Sya’aban 1429/ 28 Ogos 2008



HIMPUNAN PEMUDA ISLAM NEGERI TERENGGANU (HIMPIT)


Bersempena bulan Syawal yang mulia ini kami mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir Batin.

Dewan Pemuda PAS Negeri Trengganu (DPPNT) akan menganjurkan program tahunan Himpunan Pemuda Islam Negeri Terengganu (HIMPIT) seperti ketetapan di bawah;

Tarikh : 23 - 25 Okt, 2008 bersamaan 23 – 25 Syawal 1429

Masa : Khamis – Sabtu

Tempat : Pantai Pandak, Cendering, Kuala Terengganu

Tema : PAS UNTUK SEMUA (PAS For All)


Program tahunan HIMPIT ini akan menghimpunkan seluruh anggota, petugas, penyokong dan pendokong pemuda PAS dari seluruh negeri Terengganu.


Selain dari itu ia bertujuan menggerakkan kesedaran dan tanggungjawab di kalangan pemuda-pemuda khususnya berhubung dengan kepentingan kerja-kerja kemasyarakatan, ia juga dilaksanakan bagi melatih para pemuda secara amali kerja-kerja sukarelawan dan kemasyarakatan dalam memenuhi maksud Tema Muktamar ‘PAS UNTUK SEMUA’ (PAS FOR ALL) yang berlangsung di Ipoh, Perak baru-baru ini.


HIMPIT akan dibuka secara rasmi dengan majlis ceramah oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Y.B Solahuddin Ayob pada jan 9.00 malam 23 Oktober, 2008.


Naib Presiden PAS Malaysia Haji Mohammad Sabu akan turut berucap pada hari kedua HIMPIT, 24 Oktober, 2008, pada jam 9.00 malam


Ceramah Perdana serta Perasmian Pemutup HIMPIT akan dilakukakn secara rasminya oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Mustafa Ali pada 25 Oktober, jam 9.00 malam.


Selain itu, sepanjang program HIMPIT berlangsung, acara-acara yang turut diadakan adalah Khutbah Jumaat oleh pimpinan pemuda PAS Terengganu di masjid-masjid sekitar tapak HIMPIT, Kuliah Magrib Perbarisan Unit Amal, Nisa’ dan WaJA, Sukaneka / Sukan rakyat, Tayangan VCD sepanjang program, Kaunter semakan Daftar Pemilih oleh SPR dan Penolong Pendaftar (PP) PAS, Kaunter semakan & pendaftaran Ahli Pemuda, Nisa’ dan WaJA dan Khidmat Peruba
tan Percuma sepanjang pogram HIMPIT berlangsung.

Kami menjemput semua pihak termasuk wakil-wakil media, anggota-anggota pertubuhan-petubuhan dan Institusi-institusi bukan kerajaan, penyokong dan pendokong PAKATAN RAKYAT dan seluruh anggota masyarakat untuk bersama-sama kami dalam menjayakan Himpunan Pemuda Islam Terengganu 2008


Sekian, terima kasih



Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Ngeri Terengganu

11 Oktober, 2008/ 11 Syawal, 1429

Untuk lihat bentuk gif. Klik sini




Ulasan