Kuala Terengganu – Projek yang mengundang bahaya sebagaimana dilaporkan Buletinonline 21 September lalu menjadi tandatanya apabila Datuk Bandar Kuala Terengganu menyatakan projek tersebut akan menarik lebih ramai pelancong dan warga tempatan.
Bukankah telah ada dua projek mega raksaksa yang bernilai lebih setengah billion dalam Bandaraya Wawasan Pesisir Air Kuala Terengganu?
Apa kurangnya Pulau Duyong ? Yang dimajukan dengan wang ratusan juta ?
Apakah Taman Tamadun Islam yang menelan belanja RM 300 juta dengan pelbagai replika binaan antarabangsa masih tidak menarik pelancong ?
Datuk Bandar (MBKT), Dato’ Mat Razali Kasim berkata pemilihan kawasan itu kerana diyakini dapat menarik lebih ramai pelancong dan warga tempatan menghayati panaroma keindahan di setiap sudut di negeri ini.
“Projek itu kini sedang dalam proses pelaksanaan fasa pertama yang melibatkan jalan masuk, penyediaan bekalan elektrik dan menara tinjau.
“Kita (kerajaan) jangka siap pada Mac tahun 2009 dengan peruntukan permulaan RM25 juta dan akan siap sepenuhnya tiga tahun akan datang,” ujarnya pada Majlis Hari Raya Aidilfitri MBKT di Dewan Tunku Abdul Rahman, dekat sini, 8 Oktober lalu.
Kesesakan Lalul Lintas di Batu Enam - Kerajaan Mungkir Janji
Kuala Nerus – Kerajaan UMNO/BN mungkir janji apabila tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menyuraikan dan mengatasi kesesakan lalu lintas di Pekan Batu Enam apabila ia mengalami kesesakan teruk sepanjang bulan Ramadhan lalu.
Menurutnya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Struktur dan Kemudahan Awam Negeri, Yahaya Khatib Mohamad telah berjanji akan mengambil tindakan menyelesaikan masalah lalulintas di Pekan Batu Enam, pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Kali Kedua 13 Ogos lalu
Yahya, dalam menjawab soalan lisan yang dikemukaan oleh Dr. Alias dalam sidang DUN lalu telah berkata kerajaan akan mengambil langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi menyuraikan dan mengatasi kesesakan di Pekan Batu Enam.
“Langkah jangka pendek, yang pertama, mengambil tindakan penguatkuasaan secara berterusan keatas pengguna jalanraya yang tidak mematuhi peraturan lalulintas,
“kedua menempatkan anggota penguatkuasaan bagi mengawal lalu pada hari-hari cuti atau musim perayaan,”kata Yahya.
Namun begitu, Dr. Alias berkata tidak ada seorang pun penguatkuasa samada anggota polis atau aggota penguatkuasa dari pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang hadir bagi mengawal keadaan lalu lintas.
“Setakat ini saya tengok yang (Hari) Raya baru ini di Batu Enam ada dibuat sedikit signboard (papan tanda) laluan sehala (one way) dan sebagainya, tetapi tidak ada penguatkuasaan langsung, langsung tidak ada,
“Dimana orang langgar, yang kata one way (jalan sehala) pun jadi two ways (dua hala),
“juga tidak ada seorang pun sebulan (bulan ramadhan) disitu yang saya tengok jaga disitu, MBKT pun tak ada,”ujar beliau dengan nada kesal.
Bagaimana pun, menurut beliau, keadaan tersebut tidak berlaku demikian ketika PAS memerintah negeri Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.
“Masa kita perintah dulu ada MPKT (anggota Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, ketika itu) mari, (polis) traffic mari, tapi baru ni tidak ada,
“saya tahu sebab pejabat saya disitu,” tambah beliau
Ulasan