Menolak Kepimpinan Ulama’ Ibarat Menolak al-Quran dan Sunnah


Kuala Terengganu – Perubahan keadaan politik negara yang tidak menentu sekarang ini mestilah dilakukan kerana pimpinan UMNO/BN tidak mempunyai hala tuju yang jelas dalam mentadbir negara ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib menyatakan demikian ketika diminta mengulas berkenaan senario politik Negara dewasa ini.

“Senario politik Negara ini semua orang tahu, saya rasa semacam tidak menentu, hala tuju tidak ada, saya nampak hala tuju tidak jelas sebagaimana yang dulu-dulu juga, kerana pemimpin BN yang memimpin Negara ini tidak mempunyai hala tuju yang jelas,
”perubahan itu mesti dan kini sudah berjuang lama untuk membuat perubahan, tapi perubahan itu kepada suatu yang jelas halatujunya, destinasi yang kita hendak tuju adalah Islam,”kata beliau ketika sesi temubual bersama Buletinonline semalam.

Sebelum ini, akhbar media perdana turut menerbitkan kenyataan beliau juga menyeru agar dilakukan perubahan menyeluruh sebagaimana yang dijanjikan.

Perubahan menyeluruh yang dimaksudkan oleh beliau perubahan dalam dalam jabatan polis, badan kehakiman, anti rasuah, ISA dan kebebasan akhbar.

“Rakyat sememangnya menuntut perubahan dan pembaharuan menyeluruh untuk kebaikan dan ketelusan dalam pelbagai aspek,”ujar beliau

Menyentuh tentang persoalan dalaman PAS, beliau berpendapatan tidak akan berlaku petembungan diantara kombinasi antara ulama’ dan professional dalam PAS.

Menurut beliau gabung jalin diantara ulama’ dan kumpulan professional sangat mantap dari dahulu hingga sekarang.

”Saya tidak nampak akan berlaku perembungan, sebab PAS dari dahulu hingga sekarang ia adalah satu gabungan antara ulama’ dan profesional’
“contohnya zaman Asri, zaman Dr. Hj Abbas Alias, zaman Yusuf Rawa, zaman Ustaz Fadzil dan zaman Ustaz Hadi sekarang ini, gabungan antara professional dan ulama’ sangat mantap,
“itu sebenarnya rahsia kekuatan parti PAS yang boleh menghadapi sebarang cabaran berbanding dengan parti-parti lain,”jelas beliau.

Namun demikian katanya kalau ada sikit-sikit (pergeseran) ia adalah perkara biasa kerana kemungkinan kebanjiran orang-orang baru dalam PAS yang belum biasa dengan budaya PAS, mereka berasa cemas dan merasa lambat sangat dan sebagainya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan pendapat yang mengatakan bahawa dasar Kepimpinan Ulama’ adalah tidak relevan, mungkin datang dari golongan yang pendatang, bukan dari kalangan orang PAS asal.

”Kepimpinan ulama’ adalah sesuai sebab dalam perlembagaan PAS undang-undang tertinggi adalah al-Quran, sunnah, Ijam’ dan Qias,
“tertakluk kepada perkara tersebut (undang-undang tertinggi PAS) maka dirujuk kepada kuasa-kuasa muktamar, kuasa-kuasa Jawatankuasa PAS Pusat, Majlis Syura dan sebagainya
”pemimpin adalah ibarat pemandu, pemandu mesti tahu jalan, perjalanan akan menjadi licin sekiranya pemandu tahu jalan,
“Kalau orang kata pimpinan ulama’ tidak relevan itu bermakna mereka berkata seolah-olah al-Quran, Sunnah sudah tidak relevan masakini,”tegas beliau apabila ditanya tentang golongan yang ingin menukarkan dasar Kepimpinan Ulama’ dalam PAS kepada dasar umum ‘Kepimpinan Islam’.


Rakyat inginkan pembaharuan, perubahan

KUALA TERENGGANU – “Rakyat sememangnya menuntut perubahan dan pembaharuan menyeluruh untuk kebaikan dan ketelusan dalam pelbagai aspek,” demikian menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib.

Menurut beliau sepatutnya kerajaan melakukan pe-rubahan menyeluruh seperti yang dijanjikan sebelum ini kerana inilah yang diinginkan rakyat terutama dalam jaba-tan polis, badan kehakiman, anti rasuah, ISA dan kebeba-san akhbar.

“Jika dilihat kini, walaupun kerajaan melakukan beberapa perubahan tetapi hanya badan kehakiman yang menampakkan sedikit pe-rubahan positif.

“Sistem kehakiman seharusnya diberi kebebasan yang lebih besar dalam menjalankan fungsinya memberi keadilan kepada rakyat secara keseluruhan,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, perkemba-ngan pendidikan dan kema-juan penyampaian maklumat membuatkan rakyat hari ini menyedari betapa pentingnya hak bersuara, kebebasan media, sistem kehakiman yang bebas, prinsip akauntabiliti dalam pemerintahan sebuah masyarakat.

“Krisis kehakiman yang melanda negara tidak akan kembali pulih sepenuhnya sekiranya kepimpinan kerajaan tidak menekankan kepentingan rakyat lebih-lebih lagi sebelum ini pergola-kan dalam sistem kehakiman negara mengundang banyak pertikaian.

“Setiap pemimpin perlu memainkan peranan dengan lebih bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap badan kehakiman negara.

“Saya berharap kerajaan akan melakukan perkara dasar ke arah kebaikan dan perubahan dalam institusi kehakiman menjadi titik tolak ke arah proses yang lebih besar untuk terus memperkukuhkan institusi demokrasi kita, menyelesaikan satu per satu untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Ulasan